Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

IS dan Najis Dadah Ancam Keselamatan Negara

By 13 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Pic Source: TheAtlantic.com
Foto Utama: theatlantic.com
 Oleh Mohd Muhaimin Amran / Foto: Nur Hafif Zainurdin

Jasin, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin pada Selasa memberikan Taklimat Keselamatan Negara Peringkat Daerah Jasin di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, di sini.

Lebih 120 orang menghadiri taklimat yang melibatkan barisan Kepimpinan Komuniti 1Malaysia (K1M) dan Kelab 1Malaysia Daerah Jasin daripada pelbagai peringkat umur.

Menurut guru penyelaras Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Zailan Mohd Yusof, program ini memberi kesedaran kepada para pelajar terutamanya tentang keseriusan ancaman keselamatan negara.

“Program ini berjaya memberi kesedaran kepada murid-murid tentang betapa bahaya Kumpulan Militan Islamic State (IS) yang mengancam keselamatan negara dan kesan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Taklimat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jasin ini disampaikan oleh DSP Patrick Chia dari PDRM dan Amin Fitri Adenan dari AADK Daerah Jasin.

dsp-patrick-chia-penceramah-drpd-ipk-melaka

DSP Patrick Chia

 

Dalam pada itu, Imam 1 Masjid Al-Ghafar, Ustaz Hashimie Rafsanjani, berkata taklimat seperti ini amat dialu-alukan dan perlu diteruskan kepada semua peringkat lapisan masyarakat terutama pelajar-pelajar sekolah kerana kedua-dua perkara ini ditegah oleh agama.

“Penglibatan umat Islam dalam kumpulan Militan IS dan penyalahgunaan dadah adalah diharamkan dalam Islam dan tidak perlu menjadi ikutan kepada anak-anak muda generasi akan datang,” katanya.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Majlis Apresiasi bagi meraikan kesemua peserta Pertandingan Keceriaan Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Negeri Melaka Daerah Jasin.

3

 

Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah menerima Anugerah Kelab 1Malaysia Paling Aktif bagi Daerah Jasin keseluruhannya dan majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah JaPen Malaysia Melaka, Lim Ann Teck.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda