Skip to main content
Berita TempatanSabah

20 Kawasan Pedalaman Sabah Bakal Nikmati Elektrik Hidro

By 22 Oktober 2016Oktober 30th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Okt (Malaysiaktif) – 20 kawasan  pedalaman di negeri ini berpeluang menikmati bekalan elektrik  melalui projek tenaga boleh diperbaharu, mini hidro.

Menurut, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Mohd Hasnol Ayub projek tersebut akan diimplementasi secara berperingkat dan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

Katanya, projek itu adalah untuk membekalkan keperluan tenaga elektrik kepada masyarakat pedalaman yang kurang berkemampuan tanpa membebankan mereka untuk membayar bil elektrik dan air.

“Tidak efektif kos, jika pada akhirnya penduduk perlu lagi membayar bil setiap kali hujung bulan.
?
?”Oleh itu, kita melihat projek tenaga boleh diperbaharu ini boleh menjadi jalan penyelesaian kepada masyarakat kurang berkemampuan.

“Anggaran kos projek untuk kapasiti 20 hingga 30 megawatt adalah antara RM30 juta sehingga RM40 juta untuk sesebuah kawasan,” jelasnya.

Tambah Hasnol, antara kawasan terlibat ialah Ranau, Nabawan, Tenom tetapi masih bergantung kepada aspek kesesuaian kawasan yang perlu tertumpu di sungai-sungai kecil serta kadar kemiskinan se?sebuah kawasan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar bertajuk Renewable Energy: Energy Access for Poverty Eradication anjuran Institut Kajian Pembangunan Sabah di sini, pada Khamis.

Majlis perasmian seminar? itu disempurnakan wakil Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri.

SF

Tinggalkan komen anda