Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sabah Optimis Dengan Bajet 2017 – Musa

By 22 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Β  Oleh:?Eviannie Kin Mei Hoon, Mohammad Abd.Rahman
& Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Okt (Malaysiaktif) – Sabah optimis dengan langkah-langkah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, bajet ini berupaya memastikan fundamental ekonomi terus mapan di samping berada di landasan yang positif.

Tambahnya, kesejahteraan serta kepentingan rakyat juga mendapat pembelaan dan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan.

“Bajet ini membuktikan komitmen kerajaan khususnya Perdana Menteri dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

Bajet ini juga memberi jaminan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos dan kelembapan ekonomi. Antaranya menerusi peningkatan jumlah BR1M mengikut kategori,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2017 di Kediaman Rasmi beliau di Sri Gaya, petang semalam.

image

Sehubungan itu, Musa berkata kerajaan negeri dan rakyat Sabah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah menerusi peruntukan dalam bajet ini.

Antaranya, pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), pelaksanaan projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC), NCR, menaiktaraf Jalan Lok Kawi-Pengalat-Papar, pembinaan semula stesen janakuasa Sandakan.

“Begitu juga keperluan asas rakyat seperti jalan raya, bantuan sekolah daif, bekalan elektrik, jalan raya, perumahan rakyat, bantuan musim tengkujuh serta projek-projek mesra rakyat,”ujarnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Juliah Amat, 45, turut bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan menaikkan nilai penerimaan BR1M.

Jelasnya, sebelum ini telah menerima BR1M bagi kategori pendapatan kurang daripada tiga ribu sebanyak seribu setiap kali menerima pembayaran BR1M dan kali ini kerajaan menaikkan menjadi RM1,200.

Kakitangan Awam, Trison, 57, pula berterima kasih atas pemberian khas lima ratus untuk kakitangan awam sebagai menghargai penjawat awam yang akan diterima pada awal Januari 2017.

SF

Tinggalkan komen anda