Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Melaka Satu-Satunya Negeri Tawar Rumah Mampu Milik

By 24 Oktober 2016Oktober 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Fauzrina Hj Bulka / Foto Utama: Laman Web Mega 3 Housing

MELAKA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa pada tahun 2014, peratus pemilikan rumah di Melaka adalah 84.4 peratus.

Katanya, peratusan tersebut selari dengan laporan daripada Institut Penyelidikan Khazanah pada tahan lalu yang menyatakan Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh penduduknya.

“Tumpuan pembangunan perumahan mampu milik setakat ini adalah sebanyak 59,125 unit sedia ditawarkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,259 siap dibina, 20,190 dalam pembinaan dan 31,676 telah mendapat kelulusan untuk pembangunan,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik (RMM) Ayer Molek, di sini, pada petang Jumaat.

Tambahnya, Projek RMM Ayer Molek tersebut mengandungi sebanyak 785 unit RMM satu tingkat dan 15 unit rumah kedai mampu milik setingkat.

3

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tengah) ketika Majlis Pecah Tanah RUmah Mampu Milik (RMM) Ayer Molek.

 

“Bilangan RMM ini merangkumi sebanyak 66.9 peratus dari jumlah keseluruhan sebanyak 1,173 unit rumah. Pembangunan projek ini adalah selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan RMM di negeri ini.

“Jadi, saya sangat berterima kasih kepada pemaju kerana menyahut seruan kerajaan dalam menyediakan RMM kepada masyarakat. Saya yakin usaha ini dapat menyediakan satu taraf kehidupan yang lebih sempurna buat mereka dan generasi akan datang,” ujar Idris.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Othman Muhamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Md Yunos Husin.

“Kerajaan Negeri prihatin terhadap pembangunan perumahan, terutama yang melibatkan pembangunan rumah mampu milik yang lebih selesa, berkualiti serta  mampu miliki.

“Slogan ‘Satu Keluarga Sebuah Rumah’ adalah tanda prihatin kerajaan. Malah, ia telah diterjemah dalam bentuk polisi atau dasar kerajaan untuk digunapakai oleh semua  yang terlibat di dalam sektor ini,” katanya lagi.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda