Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Program Waqf Ilmu, Usaha Murni UIAM Bantu Pelajar

By 28 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil langkah proaktif dengan menggalakkan kakitangan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing ke tabung Program Waqf Ilmu untuk membantu pelajar yang kurang kemampuan di universiti tersebut.

Rektor UIAM, Profesor Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin berkata, “Kita galakkan kakitangan UIAM untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan dengan niatkan berapa jumlah yang ingin disumbangkan,

“Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji sehingga cukup jumlah yang dikehendaki oleh mereka,” katanya kepada media selepas pelancaran IIUM Usrah di UIAM Kampus Gombak pagi tadi.

Tambah beliau, program ini menerapkan konsef wakaf iaitu menggunakan hasil pelaburan daripada sumbangan-sumbangan yang diterima serta membuka ruang kepada warga universiti, badan korporat dan orang ramai untuk turut serta dalam program tersebut.

“Program Waqf Ilmu ini adalah sebahagian daripada usaha awal pihak UIAM dalam misi mengumpul dana RM1 bilion bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan universiti ini yang akan dikendalikan oleh IIUM Endowment Fund (IEF),” ujar beliau.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Kewangan UIAM, Datuk Zailan Shaari berkata IEF merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab mengumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar UIAM yang pencapaian akademiknya agak memberangsangkan tetapi kurang kemampuan kewangan.

“Melalui sumbangan daripada individu-individu dan badan-badan korporat, IEF telah membelanjakan sebanyak RM6.36 juta yang dimanfaatkan oleh 4,246 orang penerima pada tahun 2015,” ujar beliau.

-DK

Tinggalkan komen anda