Skip to main content
Berita TempatanSabah

Nelayan Perlu Elak Dianggap Miskin – Azizah

By 30 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh? Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

MENUMBOK, 30 Okt (Malaysiaktif) – Para nelayan serta keluarga perlu bijak meningkatkan pendapatan agar tidak terus dianggap sebagai golongan miskin oleh masyarakat.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata sudah tiba masa untuk golongan itu menggembleng potensi sektor perikanan bagi memajukan lagi taraf sosioekonomi mereka.

“Golongan nelayan dan keluarga mereka tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya, mereka perlu berusaha meningkatkan ekonomi keluarga dengan menghasilkan produk-produk yang bersesuaian berasaskan hasil tangkapan yang diperoleh.

img_6237

“Paling penting, kita tidak mahu lagi masyarakat menganggap nelayan ialah golongan yang miskin.

“Kita juga berharap keluarga nelayan akan berusaha mempelajari dan meningkatkan kemahiran yang boleh memberikan nilai tambah kepada produk-produk perikanan yang dihasilkan,” ujarnya.

Menurut Azizah, Bajet 2017 yang dibentang Perdana Menteri baru-baru ini memperuntukkan RM 250 juta khusus bagi Elaun Sara Hidup Nelayan yang memberi manfaat kepada 57,000 nelayan seluruh negara, termasuk 680 nelayan di Daerah Kecil Menumbok.

Beliau percaya pemberian elaun itu akan menjadi pendorong kepada para nelayan untuk terus berusaha memajukan industri perikanan dan memjamin bekalan makanan negata sentiasa mencukupi.

Tambahnya, selain Elaun Sara Hidup, kerajaan juga memberikan subsidi minyak, bantuan peralatan, program baik pulih rumah, perlindungan insurans sehingga RM 150 ribu bagi setiap nelayan, termasuk sumbangan kepada anak-anak yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi menerusi Yayasan Nelayan Malaysia.

img_6241

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Pesta Nelayan Menumbok kali ke-16 di Pantai Mempakul dekat sini, pada Ahad.

Bertepatan dengan tema ‘Nelayan Produktif dan Berwawasan’, Azizah berharap program ini akan menjadi titik permulaan yang menaikkan semangat para nelayan untuk sentiasa berpandangan jauh dan melonjakkan martabat nelayan.

Pesta selama tiga hari sejak Jumaat lepas, merupakan kerjasama dengan Program Mobile CTC Pusat Transformasi Komuniti Bergerak dalam memastikan golongan tersebut tidak tertinggal daripada menikmati pembangunan negara.

Pada majlis itu, Azizah menyampaikan cek replika Elaun Sara Hidup bagi bulan Oktober 2016 berjumlah RM 338,150 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Penyu (PENEKUP), Dg Chalun Wan Astor untuk 1,142 nelayan.

Azizah turut menyampaikan Anugerah Nelayan kepada tiga penerima iaitu Juin Jainin @ Ag damit, 40, dari Kg Sinapokan; Mohammad Noh Asman, 53, dari Kg Tepi Laut Sikalong dan Taimah Sarapudin, 67, berasal dari Kg Sangkabok.

Turut berlangsung, Penyerahan Enjin Sangkut (Skim Bantuan Nelayan) daripada Jabatan Perikanan dan Ko Nelayan kepada para nelayan terlibat yang juga disempurnakan Azizah.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda