Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ekspedisi Borneo Safari Yang Terbesar Di Asia Tenggara

By 31 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Asmidar Zainol (Sabah)

KOTA KINABALU, 31 Okt (Malaysiaktif) – Ekspedisi 26th Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 (Borneo Safari 2016) merupakan acara pengembaraan permotoran lasak terbesar pernah dianjurkan di Asia Tenggara.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Majun, acara Borneo Safari 2016 menerima penyertaan terbanyak sejak dianjurkan iaitu 987 peserta dan lebih? 357 kenderaan.

img_6246

“Dengan penyertaan 10 buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Japan, Potugal, China,Ireland, Rusia dan Papua New Guinea dan juga Malaysia acara ini mampu menjadi peneraju sukan pengembaraan lasak di negara ini.

“Melalui penyertaan negara-negara luar ini, secara tidak langsung dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan sukan pemotoran lasak,” ujarnya kepada media selepas melepaskan peserta-peserta acara berkenaan di pekarangan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi semalam.

Ekspedisi? lapan hari, tujuh malam tersebut akan merentasi empat daerah sejauh 680 kilometer yang akan merentasi Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Kota Belud dan sebelum kembali semula ke bandaraya Kota Kinabalu pada 6 November nanti.

Sementara itu, ?Pengarah Acara, Faez Nordin berkata acara tahunan ini merupakan anjuran Sabah Four Wheel Drive Association dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah.

“Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk menyediakan aktiviti kepada peminat sukan permotoran lasak bagi mengelak mereka melakukan penceroboh hutan simpan secara haram.

img_6243

“Di samping itu, acara ini juga dapat mengumpul ahli-ahli kelab permotoran di Malaysia dan luar negara agar perhubungan sedia ada akan lebih akrab,” ujarnya.

Tambah Faez, sebanyak 15 pasukan akan bertanding dalam acara Special Stage (SS) dengan 18 check-point keseluruhannya.

?Selain menikmati pengembaraan laluan lasak,? peserta konvoi juga ??a?kan menjalankan tanggungjawab sosial dengan? menanam ?100 ?pokok di Taman Kinabalu Sub-Stesen Serinsim, Kota Marudu dan? juga ?memberi pemeriksaan ?kesihatan.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda