Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Bantah Viral Dua IPG Di Sabah Bakal Tutup

By 27 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh Isnaniwati Imran & Wenny Di Tian Soh (Sabah) 

 

KENINGAU, 27 Okt (Malaysiaktif) – Viral dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah yang bakal ditutup iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dan Kampus Gaya mendapat bantahan masyarakat setempat.

Bagi bekas Guru Besar, Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik, penutupan tersebut tidak wajar kerana IPG  melahirkan ramai warga pendidik yang bukan sahaja berasal dari negeri ini tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung.

pic1

Foto: Facebook Yazid Mohd Hasnan Tawik

“Sekiranya rancangan ini diteruskan, peluang anak di kawasan pedalaman terjejas untuk meneruskan pengajian dalam bidang perguruan”, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kerataan akhbar yang viral di laman media sosial turut mendapat perhatian ramai yang tidak bersetuju tentang penutupan kampus berkenaan.

Sementara itu, bekas pelatih IPG Syarifah Alindan, 35, berkata penutupan IPG ialah kerugian besar kepada rakyat Sabah kerana IPG Keningau merupakan institusi yang menawarkan kursus pendidikan bertaraf ijazah di kawasan pedalaman dan majoriti pelajar merupakan bumiputera.

“Sepatutnya fungsi IPG perlu diperluas dengan menawarkan kursus kepada guru-guru yang berhasrat meningkatkan kemahiran pendidikan.

“Ketika ini guru di kawasan pedalaman khususnya di Keningau hanya mempunyai pilihan untuk  mengikuti pengajian di OUM atau UMS jika ingin melanjutkan pelajaran.

Bagi Pegawai IPG Kampus Keningau yang tidak ingin identitinya dimaklumkan berkata ketika ini tiada sebarang komen daripada pengurusan tentang perkara ini kerana masih khabar angin yang diviralkan.

Foto: Yazid

Foto: Facebook Yazid Mohd Hasnan Tawik

“Kami masih tiada menerima sebarang maklum balas atau penjelasan tentang perkara ini daripada Pengarah Pendidikan Sabah, diharap masyarakat tidak terpengaruh dengan viral yang tersebar tentang penutupan IPG ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiaaktif pada Rabu.

Dalam pada itu bagi kakitangan Awam, Mohd Afendi, 40, kekeliruan pemahaman sama ada IPG ditutup atau diubah suai kepada politeknik dan kolej vokasional termasuk sebagai pusat latihan tenaga pengajar perlu diperjelaskan.

“Kerajaan perlu turun padang untuk menjelaskan kekeliruan ini kerana masyarakat tidak jelas apa yang dimaksudkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyebabkan masyarakat meluahkan rasa tidak setuju sama ada IPG ditutup atau tukar taraf.

“Ini kerana sumbangan IPG kepada pembangunan pendidikan di negeri ini sudah terbukti dan viral penutupannya pasti tidak mendapat reaksi positif, diharap penjelasan tentang perkara ini dapat dilaksanakan”, ujarnya lagi.

Pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada Jumaat lepas di Dewan Rakyat memperlihatkan sembilan kampus IPG seluruh negara akan diubah suai kepada memperkasakan program TVET dengan peruntukan sejumlah RM4.6 billion.

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda