Skip to main content
Home

Kunjungan PM Ceriakan Penghuni PSPK Menjelang Deepavali

By 27 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Kehadiran pemimpin nombor satu negara ke Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK) daerah Gombak di Selayang semalam telah menceriakan 300 pelatih dan penghuni pusat kebajikan itu.

Salah seorang pelatih di PSPK, Maimunah Rawi berasa amat gembira apabila dapat bersemuka dengan Perdana Menteri kerana sebelum ini hanya melihat wajah beliau di televisyen sahaja.

“Saya telah dua tahun bersama pusat ini, kehadiran Perdana Menteri secara berdepan amat mengembirakan kami”, katanya.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberi kelulusan pemasangan 20 unit alat penghawa dingin dan sebuah van untuk kegunaan mereka.

“Semoga dengan pengumuman ini akan memberi lebih makna kepada sambutan Deepavali pada tahun ini,” ujar Najib.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa memberi sokongan dan terus membantu kepada pihak pengurusan  pusat kebajikan seumpama ini.

8322c202-6204-4442-a6c5-ef5c4dfff5d0

Pengerusi PSPK, Henry Sandanam berkata, pusat kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan terdapat hampir 300 pelatih dan penghuni yang mendapat latihan secara percuma.

“Terdapat kelas menjahit, membuat kuih, kelas komputer dan kelas bahasa Inggeris yang diajar oleh sukarelawan secara percuma untuk wanita sahaja khasnya mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum”, ujar beliau.

Tambah beliau, kehadiran Perdana Menteri telah memberikan kegembiraan kepada pelatih dan penghuni pusat kebajikan itu kerana pihaknya amat memerlukan sokongan semua pihak agar pusat kebajikan tersebut terus beroperasi.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda