Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

RM 500 Ribu Persediaan Hadapi Fenomena Air Laut Pasang Besar

By 14 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan Foto oleh : Mohd. Ariff Ishak (Klang)

KAPAR, 14 Okt (Malaysiaaktif) –  “Bagi mengatasi fenomena air laut pasang besar yang dijangka berlaku pada 16  hingga 20 Oktober ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meluluskan peruntukan sebanyak RM 500 ribu bagi kerja meninggikan dan melebarkan benteng yang sedia ada dikawasan Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Serdang “.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri ketika membuat lawatan kerja rasmi bagi meninjau persiapan menghadapi fenomena air pasang besar di Kampung Sungai Serdang dan Kampung Tok Muda , Kapar hari ini.

“Peruntukan segera ini merupakan projek ‘touch point’ dan ‘quick win’ yang akan memberikan impak secara langsung kepada masyrakat setempat terutama penduduk Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Serdang”, ujar Hamim lagi.

Lawatan kerja ini adalah susulan daripada kejadian banjir air pasang besar yang berlaku pada 18 hingga 20 September lalu yang melanda kebanyakan kawasan Pantai Barat, Semenanjung Malaysia termasuk di Kampung Tok Muda dan Sungai Serdang.

Kesan dari fenomena banjir air pasang besar itu menyebabkan benteng mendap dan runtuh  menyebabkan limpahan air di Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Serdang.

Fenomena ini menyebabkan paras air air laut mencecah paras 5.6 hingga 5.7 meter dan melepasi aras ketinggian benteng yang sedia ada serta menyebabkan banjir yang mencecah kedalaman kira kira 0.5 meter.

-DK

Tinggalkan komen anda