Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SOPMA-Sarawak Sapu Emas Pertama Boling

By 3 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Aishah Latip/Foto:Chua Choon Sim (Sarawak)

KUCHING, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sarawak berjaya meraih pingat emas pertama dalam acara tenpin boling Sukan Orang Pekak (SOPMA) Malaysia di Megalane Bowling Centre, Batu Kawah di sini semalam.

Kejayaan itu menerusi pemain beregu wanita, iaitu Sia Chew Ing dan Siong Mui Hong dengan meraih 1726 jatuhan pin.

Pingat perak turut dimenangi soleh Sarawak menerusi gandingan V. Helminah Mikel Rudy dan Siw Sing Hie yang berjaya meraih 1687 jatuhan pin.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Nur Anawiah Ismail dan Nur Amalina Mohd Rani dari Terengganu dengan 1684 jatuhan pin.

Sementara itu, bagi kategori beregu lelaki, pingat emas dimenangi oleh Mohd Firdaus Mohamad dan Mohd Razid Redzali dari Selangor dengan 2454 jatuhan pin.

Beregu lelaki

Beregu lelaki

 

Pingat perak pula dimenangi oleh gandingan Wilayah Persekutuan, Chua Hock Seng dan Mohd Zaidi Awang yang berjaya meraih 2297 jatuhan pin.

Seterusnya, pingat gangsa pula dimenangi oleh kontinjen Sabah, Ho Choon Seong dan Nethaneal Siegfred Enson dengan meraih 2202 jatuhan pin.

Turut hadir, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf), Albert Wong.

Dalam pada itu, acara berpasukan bertiga bagi lelaki dan wanita akan diteruskan pada hari ini.

Acara tenpin boling SOPMA akan berlangsung sehingga 5 Oktober ini.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda