Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tun Ahmadshah Terima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1438H

By 3 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Nur Effa Maruf, Mastim Kiriman & Arbani Askal (Sabah)

PUTATAN, 3 Okt (Malaysiaktif) – Mantan Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah, 70, diumumkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1438H pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1438H/2016M.

Beliau menerima hadiah RM15,000, warkah penghargaan Kerajaan Negeri serta pakej menunaikan umrah yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin.

Tun Ahmadshah pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam (MUIS) dan dipertanggungjawabkan mengemas kini enakmen-enakmen yang berkaitan dengan Hal Ehwal Islam di negeri itu seperti enakmen pentadbiran hukum-hukum syara’, enakmen kesalahan jenayah syariah dan enakmen undang-undang keluarga Islam.

Tun Juhar turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Datuk Haji Jamdin Buyong dan Anugerah Saiyidatina Khadijah kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Siti @ Siti Sapoo Ahok yang masing-masing menerima hadiah RM5,000 serta warkah penghargaan, jam tangan, sepersalinan pakaian serta buku-buku agama sumbangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis perhimpunan itu berjaya menghimpunkan lebih 3,000 umat Islam termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed di Dewan Sri Putatan, pada Ahad.

SF

Tinggalkan komen anda