Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Sukan Platform Perpaduan Kaum

By 8 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Liputan dan Foto oleh: Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Malaysiaaktif) – “Hubungan erat antara kaum di negara ini boleh dimantapkan lagi dengan anjuran pebagai aktiviti kesukanan untuk rakyat”.

Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berucap demikian semasa perasmian Program Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Parlimen Seputeh di Dewan Komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh  mengucapkan tahniah kepada penduduk PPR Kampung Muhibbah di atas pemganjuran aktiviti berfaedah dengan penglibatan pelbagai kaum dan peringkat usia.

img-20161008-wa0082

“Dalam sukan, kita tidak mengira fahaman politik, budaya mahupun agama. Kesepaduan penduduk pelbagai kaum adalah tonggak keamanan sesebuah negara”, tambah beliau.

Beliau turut menyeru semua pihak agar memainkan peranan dan bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memerangi dadah terutama di sekitar Parlimen Seputeh yang kian membimbangkan.

Program bersempena Hari Sukan Negara 2016 ini merupakan anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dengan penyertaan kira-kira 600 orang.

img-20161008-wa0078

Pelbagai aktiviti sukan dijalankan seperti pertandingan bola jaring, futsal, badminton, pertunjukan sukan petanque dan aktiviti sukan rakyat seperti congkak, dam aji dan karom.

Terdapat juga pameran dari agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Alam Flora Sdn. Bhd. dan PDRM.

Turut hadir ialah Pengurus Kawasan DBKL Cawangan Seputeh merangkap Pengerusi PEMADAM Seputeh, Abdul Syatar Abdul Halim dan Pengerusi Sub Zon 1 MPP Seputeh, Banie Chin Yen Foo.

-DK

Tinggalkan komen anda