Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeNegeri SembilanViral

508 Peneroka Felda Raja Alias 4, Dapat Surat Hak Milik

By 1 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Hamidah Md Drus / Foto: Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

JEMPOL, 31 Oktober 2016 (Malaysiaaktif) – Negeri Sembilan antara negeri yang paling cepat menyerahkan dokumen hak milik kepada peneroka berbanding negeri-negeri lain.

Ini dinyatakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamed Hasan semalam semasa majlis penyerahan hak milik kepada seramai 508 orang peneroka Felda Raja Alias 4 di sini.

mkc_3707

Mohamed Hasan bersama peneroka yang menerima hak milik.

 

Dalam ucapannya beliau berkata setakat ini seramai 14,141 orang peneroka telah menerima hak milik di seluruh Rancangan Felda di Negeri Sembilan.

Seorang peneroka yang ditemui, Kassim bin Hassan berkata dia sangat bersyukur kerana akhirnya mendapat hak milik tanah yang diusahakannya sejak 33 tahun lalu.

Majlis yang berlangsung di Padang Awam Felda Raja Alias itu turut dihadiri oleh beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terbabit.

Surat Hak Milik diserahkan kepada peneroka-peneroka yang telah menjelaskan kos pembangunan dan lain-lain kos kepada Felda dan kerajaan negeri.

Terletak dalam daerah Jempol, Rancangan Felda Raja Alias 4 yang mempunyai keluasan 2,189.99 hektar mula dimajukan pada 1978.

-AAS

Tinggalkan komen anda