Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

BeSS-MeSTI Pastikan Keselamatan Makanan Pengguna

By 23 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Artikel oleh: Mohd Faizal Mansor
Foto oleh: See Hua Daily

LABUAN, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Dari tahun 2013 sehingga kini sebanyak 53 buah premis makanan telah mendapat pengiktirafan BeSS dan 27 premis pengilangan makanan serta 1 dapur hospital di Labuan telah mendapat Pensijilan MeSTI. Ini dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari ketika merasmikan Bengkel MeSTI Bilangan 2 serta Pelancaran Logo MeSTI-BeSS pada Bas-Bas Mini di Bangunan Ujana Kewangan, hari ini.

BeSS ialah singkatan kepada “Bersih, Selamat dan Sihat” iaitu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi mengalakkan mereka menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Pengiktirafan Bess di Labuan melibatkan dua komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen makanan, Ismani menambah lagi.

Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) telah diperkenalkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2012 bagi memastikan keselamatan makanan dan melindungi pengguna daripada sebarang penipuan dari segi penyediaan, penjualan dan penggunaan, ujar Ismuni lagi.

Skim Pensijilan MeSTI ini merupakan penambahbaikkan daripada skim sebelumnya iaitu Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang bertujuan untuk memudahkan usahawan makanan terutamanya golongan kecil dan sederhana (IKS) mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Menurut Ismuni, melalui bengkel ini, para pengusaha kilang makanan akan dibimbing dalam membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan.

“Di dalam program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu mengadakan satu sistem amalan terancang dan di dokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan.

Penekanan atau elemen-elemen penting yang diberi tumpuan dalam program jaminan keselamatan makanan yang berkesan adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan, ujar beliau lagi.

Mengulas mengenai Pelancaran Logo MeSTI pada bas-bas mini di Labuan pula, ia merupakan salah satu kaedah untuk mempromosikan Pensijilan MeSTI dan Pengiktirafan Bess kepada orang ramai.

Menurut salah seorang pemandu bas mini, Haidil Yassin, 47, beliau bangga kerana dapat membantu pihak KKMM dalam mempromosikan logo MeSTI-BeSS kepada pengetahuan masyarakat umum agar mereka juga sedar tentang pentingnya memilih premis makanan yang bersih demi menjamin kesihatan diri dan keluarga mereka.

Ujarnya lagi, walaupun usahanya dianggap kecil namun tanggungjawabnya sebagai masyarakat Malaysia harus menjadi salah satu ejen bagi mempromosikan agenda dan dasar kerajaan.

  • MRR

Tinggalkan komen anda