Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Program Menghubung Menyatu Salur Maklumat Kawasan Pedalaman

By 25 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Edawati Sulaiman / Foto: Parameswary Lekshmnan

KUALA LUMPUR, 25 November (Malaysiaaktif) – “Pada masa kini, kepesatan teknologi komunikasi lebih mudah dalam menyalurkan maklumat namun masih juga terdapat tempat-tempat di seluruh pelusuk negeri yang masih belum mempunyai kemudahan komunikasi seperti telefon, televisyen, radio dan internet.”

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata demikian pada Majlis Bersama Rakan Strategik di sini, semalam.

“Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan diterajui Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan program Menghubung Menyatu bagi memastikan penyampaian maklumat dan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti, berkesan dan tepat kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

“Walaupun pada hari ini kita berdepan dengan cabaran dunia tanpa sempadan yang menjadikan rakyat terdedah dengan pelbagai maklumat, sama ada yang benar mahupun yang tidak benar, namun Jabatan Penerangan terus komited mendepani cabaran tersebut dengan bantuan Rakan Strategik ini demi mendokong ke arah pembangunan, kesejahteraan, keharmonian dan kestabilan negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia sedang melalui proses untuk mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi mewujudkan Koperasi KIM.

whatsapp-image-2016-11-24-at-5-19-33-pm

Majlis Muafakat Negeri turut diseru agar mengambil inisiatif dalam menyokong penubuhan koperasi ini kerana ia dilihat mampu untuk menjadi sumber penggerak kepada usahawan dan penglibatan dalam pelaburan oleh KIM secara aktif.

Majlis yang diadakan sempena seabad Jabatan Penerangan Malaysia itu telah menghimpunkan Pengerusi-Pengerusi Komuniti 1Malaysia (KIM) dan Ahli Jawatankuasa tertinggi serta pesara-pesara Jabatan Penerangan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

– AH

Tinggalkan komen anda