Skip to main content
EkonomiHomeSabahViral

Pendidikan Negara Menitikberatkan TVET

By 25 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Imelda Godon Ā (Sabah)

KUDATĀ 25 November (Malaysiaktif) ā€“ Keterujaan pada lukisan 3D menyemarakkan impian gadis berjiwa besar dari Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud, mempelajarinya menerusi pengajian Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Vokasional (KV) Kudat.

Elnavera Sokiong, antara pelajar luar bandar yang mendapat manfaat apabila Kolej berkenaan dinaik taraf dengan menawarkan kursus Diploma Vokasional Malaysia (DVM) kepada pelajar lepasan PT3.

elnavera-sedang-mempelajari-salah-satu-modul-dalam-program-sistem-komputer-dan-rangkaian-copy

Elnavera bersama satu modul program yang dipelajarinya.

 

Katanya, inilah peluangĀ untukĀ menimba ilmu dan kemahiran berkenaan untuk mengapai cita-cita sebagai seorang pereka grafik berjaya.

ā€œSaya sememangnya bercita-cita bekerja sebagai pereka grafik, kerjaya ini banyak memberikan cetusan idea tanpa batasan dari segi kreativiti terutama menggunakan aplikasi teknologi ICT.

ā€œKeluarga terutamanya ayah banyak mempengaruhi saya terlibat dalam bidang ini, menurut ayah, bidang perkomputeran dan teknologi penting dipelajari masaĀ  iniā€, ujarnya ketika ditemui pada khamis di kolej tersebut.

christine-kinsik

Christine Kinsik

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Kudat, Christine Stanislaus Kinsik berkata perubahan dasar pendidikan negara hari ini menitikberatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) seiring pembangunan negara danĀ  kebergantungan kepada kemahiran.

ā€œKolej Vokasional menawarkan pengajian dan latihan secara percuma dengan matlamat melahirkan graduan berkemahiran tinggi, bersahsiah, mampu memikul tanggungjawab membangunkan negara.

ā€œOleh itu, usaha memartabatkan Pendidikan Vokasional (TVET) perlu segera untuk menyediakan tenaga kerja berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Jelasnya, terdapat sembilan kursus ditawarkan antaranya Diploma Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Pembinaan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian.

ā€œBagi melahirkan graduan kolej vokasional cemerlang, kolaborasi dengan pelbagai sektor industri penting sebagai pendedahan kepada pelajar menjalani Latihan Industri.

ā€œSelain itu, graduan cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi lain.

Ujarnya lagi, mana-mana pelajar lepasan PT3 yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional boleh memohon melalui laman webĀ www.moe.gov.myĀ atau menghubungi terus unit Hal Ehwal Pelajar KV Kudat di talian 088-613 246.

-AAS

 

Tinggalkan komen anda