Skip to main content
HomeViral

MTUC Cadang Cuti Bagi Pekerja Terjejas Air Pasang Besar

By 15 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

SHAH ALAM, 15 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru majikan sektor swasta agar mempertimbangkan untuk memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja mereka yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, A. Balasubramaniam berkata, langkah itu adalah antara cara untuk meringankan masalah yang dihadapi pekerja akibat fenomena itu.

“Sesetengah penduduk di Batu 5, Kapar (Selangor) terjejas akibat fenomena itu pada Oktober lalu yang rumah mereka dilanda air banjir. Sesetengah daripada mereka juga tidak dapat pergi kerja akibat jalan yang dilimpahi air,” katanya kepada Bernama.

Balasubramaniam berkata, pemberian cuti tanpa rekod perlu dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat pihak majikan.

Di Selangor, daerah Klang dan Sabak Bernam paling teruk terjejas oleh fenomena air pasang besar, sementara daerah Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang turut terancam.

 

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda