Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Negeri Sembilan Ke lima terbaik UPSR  2016

By 18 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Sapawi Osman dan Ramasamy Amas

SEREMBAN,  18 Nov ( Malaysiaaktif )   – 29 daripada 155 pelajarnya memperolehi A dalam semua mata pelajaran telah melayakkan Sekolah Kebangsaan Puteri Seremban telah diumumkan sebagai sekolah terbaik keputusan  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Ini dimaklumkan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil dalam satu sidang media di Sekolah Kebangsaan Puteri Seremban semalam.

Sementara itu, seramai 247calon UPSR 2016 di Negeri Sembilan telah memperoleh  A dalam semua mata pelajaran. Dengan  gred purata Negeri ( GPN ) yang diperolehi sebanyak 2.82 peratus, Negeri Sembilan tersenarai antara lima keputusan terbaik  UPSR  2016 seluruh negara, katanya lagi.

Di Bahau pula, buat julung kali Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Senama (SRJKT Ladang Senama) memperolehi  keputusan lulus cemerlang 100 % dalam UPSR 2016. Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk  L.Manickam telah menyampaikan sijil keputusan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang.

img-20161118-wa0033

Guru Besar sekolah ini, Shafina Binti Abdullah, berkata seramai 12 orang pelajar mengambil peperiksaan UPSR 2016 dan kesemua pelajar telah lulus bagi semua mata pelajaran. Dua orang pelajar Mahenderan Nair dan P.Sautharaya pula berjaya memperolehi 7A dan 6A.

Untuk rekod seramai 16 839 calon menduduki peperiksaan UPSR di 356 pusat peperiksaan di Negeri Sembilan tahun 2016.

-MRR

Tinggalkan komen anda