Skip to main content
Berita TempatanSabah

Patah Tangan Tidak Halang Sertai Latih Amal Tsunami

By 6 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Nur Effa Maruf (Sabah)
PUTATAN, 6 Nov (Malaysiaktif) – Seorang penduduk Taman Teluk Villa yang mengalami patah tangan tidak menghalangnya untuk menyertai Program Latih Amal Tsunami.

Aisah Asmah, 53, patah tangan akibat terjatuh di rumahnya minggu lalu berkata dia menyertai latihan tersebut sebagai persediaannya dan ahli keluarga menghadapi bencana tsunami.

Tambahnya, taklimat yang diberikan oleh petugas ketika latihan itu dapat memberikan pengetahuan supaya dapat berwaspada dan bertindak apabila mendengar siren amaran tsunami.

Sementera itu, Ambo Mapiase, 61, penduduk di kawasan sama memuji kecekapan agensi-agensi yang terlibat pada latihan tersebut dalam mengendalikan mangsa-mangsa bencana.

 

img_6390

Ambo yang mempunyai masalah gout dan kesukaran untuk berjalan dibantu oleh petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika latihan.

Manakala, Pegawai Psikologi JKM Negeri Sabah, Eugene Angelus Kodau yang bertugas sebagai kaunselor semasa latihan itu memberitahu, saringan trauma akan dilakukan sekiranya ada mangsa bencana yang mengalaminya.

Selain itu, sesi kaunseling diberi kepada golongan mangsa kanak-kanak bagi mengurangkan impak terhadap mereka.

img_6392

Latihan itu melibatkan kira-kira 1,000 penduduk daripada beberapa kawasan sekitar antaranya, Taman Teluk Villa, Kampung Sri Pandan, Kampung Contoh dan Apartment Pasir Putih.

Sebanyak 15 agensi kerajaan dan NGO yang diketuai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut terlibat dalam menjayakan latihan tersebut iaitu JKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penerangan Malaysia dan lain-lain lagi.

img_6391

Latihan tersebut juga sempena tarikh 5 November yang diisytiharkan sebagai ‘World Tsunami Awareness Day (WTAD) oleh United Nations General Assembly bagi memperingati kisah benar “Inamura-nohi” dan juga sebagai penghormatan kepada Negara Jepun.

Peristiwa gempa bumi kuat yang terjadi pada tahun 1854 itu telah mencetuskan ombak tsunami dan mengorbankan ribuan nyawa.

SF

Tinggalkan komen anda