Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Pembukaan Kilang Enjin Baharu Bukti Keyakinan Pelabur

By 10 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Daniel Jong

SENDAYAN, 8 Nov – Dua buah kilang pembuatan enjin oleh pihak Daihatsu dan Akashi Kikai Industry di Sendayan bukti kemampuan kerajaan Negeri Sembilan di dalam menarik pelabur asing untuk menjadikan negeri ini asas kepada perluasan pemasaran mereka. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassanberkata demikian ketika merasmikan Kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM) hasil usaha sama Daihatsu Motor Co. Ltd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bernilai RM 500 juta di Kawasan Perindustrian Techvalley Sendayan, Bandar Sri Sendayan hari ini.
“Kehadiran kedua-dua syarikat Jepun di Malaysia khasnya di Negeri Sembilan menunjukkan keyakinan pelabur asing kepada Malaysia dalam menjadikan negara ini sebagai hab pengeluar enjin kenderaan,” demikian kata Mohamad lagi.

Mohamad juga juga melahirkan rasa gembira kerana pembinaan kedua-dua kilang tersebut mampu meningkatkan peluang pekerjaan khususnya kepada anak-anak tempatan di negeri ini. Sejak ia ditubuhkan, sebanyak 189 pekerjaan diisi oleh anak tempatan dari Negeri Sembilan sendiri.

Turut hadir di majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dan Naib Presiden Daihatsu Hiroyuki Yokoyama.

-MRR

Tinggalkan komen anda