Skip to main content
Berita Sarawak

Mulanya Kaku, Tapi Saya Mesti Berani-Zaihanirah

By 10 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh Mohd Baharruddin Mohamad / Foto Wira Ismail

SIBU, 10 Nov (Malaysiaaktif) – “Pada mulanya saya berasa kaku untuk bersuara kerana ini merupakan kali pertama saya dijemput sebagai panel Apa Kata Gen-Y. Namun dalam naluri saya terdetik saya mesti memberanikan diri bercakap di khalayak ramai dan berdepan dengan siswa- siswi lain.”

Nur Zaihanirah Zaini, 24 berkata demikian setelah selesai forum ilmiah “Apa Kata Gen Y” #sehatisejiwa dan Gemilang Siswa bertempat di University College of Technology Sarawak, Sibu petang semalam.

Tambah Zaihanirah yang berasal dari Miri, dia berasa sangat bangga kerana diberi peluang mencari pengalaman baharu dalam program seperti ini.

Antara ahli panel yang beraksi dalam forum

Antara ahli panel yang beraksi dalam forum

“Sebagai pelajar, saya berasa teruja apabila dilantik sebagai Panel sekali gus mewakili UCTS yang menjadi tuan rumah buat kali pertama. Tambahan pula edisi kali ini merupakan aktiviti terakhir anjuran Jabatan Penerangan pada tahun ini.

”Generasi Y hari ini haruslah bersemangat patriotik dan mempunyai  jati diri tinggi bagi memastikan negara mencapai kemajuan dan keamanan yang berterusan. Sebagai generasi pelapis negara, kita harus mempunyai cita-cita besar untuk mencorakkan negara yang progresif dan harmon,” ujaranak kedua daripada tiga adik-beradik ini lagi.

Zaihanirah yang berbangsa Melayu turut berharap agar generasinya dapat mendepani arus media baharu dengan bijaksana.

”Kini,  Generasi Y berhadapan dengan banyak cabaran terutamanya  dalam mendepani arus media baharu. Kita perlulah berhati-hati untuk memilih maklumat menerusi Facebook, Whatsapp, Twitter, Blog, Wechat dan  Instangram. Setiap maklumat yang diterima hendaklah ditapis dan tidak seharusnya diterima bulat-bulat,” jelasnya yang mengambil Jurusan Seni Bina dalam semester lima.

Peserta turut mengajukan soalan kepada ahli panel forum

Peserta turut mengajukan soalan kepada ahli panel forum

Program tersebut yang telah dihadiri oleh  400 orang pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Sibu itu berusaha untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan Generasi Y khususnya di peringkat pengajian tinggi selain membuka corak pemikiran pemimpin masa depan.

Turut hadir Menteri Muda Penyelidikan Sains & Bioteknologi Sarawak  Dr. Annuar Rapaee, dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Muhd Sukari Abdul Hamid.

 

-SF

 

Tinggalkan komen anda