Skip to main content
HomeViral

PM Ucap Tahniah Murid Cemerlang UPSR 2016

By 17 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Foto: http://ybrazif.blogspot.my/

 

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

“Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang #UPSR2016. Jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru.

“Jika keputusan kurang memuaskan, usaha lebih lagi,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan UPSR 2016 hari ini berkata seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda