Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Program My Best Buy Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh : Noriah Athan (Gombak)

KUANG, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tahun ini telah melaksanakan 81 pogram My Best Buy di seluruh Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana membeli barang keperluan dapur dengan harga yang murah dan berpatutan sehingga 20 peratus berbanding di pasaran.

“FAMA juga membantu golongan muda khasnya untuk berniaga dengan mendaftarkan diri di dalam program program yang anjuran FAMA seperti bantuan pinjaman sebanyak RM50 ribu menggunakan ‘foodtruck’,” demikian menurut Pengerusi FAMA, Tan Sri Badrudin Amirudin selepas merasmikan Program My Best Buy di Bandar Tasik Puteri pagi semalam.

“FAMA menyasarkan jualan sebanyak RM3 juta sehingga hujung 2016 dan sehingga kini RM2.7 juta telah dapat dicapai melalui jualan di pelbagai outlet, namun keutamaan juga diberikan kepada penduduk tempatan untuk berniaga dengan FAMA melalui pasar tani,” ujar beliau lagi.

whatsapp-image-2016-11-06-at-19-57-51-1

Tambah beliau lagi, “FAMA juga bercadang membuka peluang berniaga di kawasan masjid juga kerana masjid mempunyai kawasan lapang yang sesuai dijadikan tapak perniagaan selain mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid,” ujar beliau.

“FAMA berharap pihak majlis tempatan dan kerajaan negeri dapat memberi permit dan kelulusan kepada penduduk tempatan khasnya golongan muda untuk berniaga dikawasan masing-masing,” kata beliau lagi.

Sempena program tersebut, Badrudin turut memperkenalkan Bas Pasar Bergerak 1Malaysia bagi membantu penduduk kawasan yang ditimpa bencana seperti banjir untuk membeli barang keperluan mereka.

Turut  hadir Adun Kuang merangkap Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Abdul Shukur Idrus dan Pengarah FAMA Negeri Selangor, Datuk Ghariff Ramin.

-DK

Tinggalkan komen anda