Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Raja Sg Regatta 2016 Jadi Impian Peserta

By 18 November 2016November 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 18 Nov (Malaysiaakif) – Raja Sungai Regatta Sarawak 2016 menjadi impian Pengurus Pasukan perahu JANG Norhaslinda Joni yang menghantar seramai 300 orang pengayuh dan mempunyai 16 buah perahu bidar dan balok.

“Tahun ini penyertaan semakin ramai dan saingan dalam perlumbaan semakin hebat. Sungai Sarawak berkocak lagi dengan tibanya Regata Sarawak 2016 bermula pada hari ini hingga 20 November anjuran Kementerian Pelancongan dan Pejabat Residen Kuching,” demikian kata Norhaslinda semasa ditemui Malaysiaaktif di Tebingan Kuching pagi tadi.

“Nama pasukan kami ialah JANG bermaksud generasi muda yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Tujuan kami adalah untuk mengumpulkan tenaga muda untuk ikut serta dalam pasukan kami,” jelasnya.

img_7172

“Dalam Regata 2016, acara perahu Bidar dan Balok disertai oleh perahu JANG iaitu dari Balok 7 pengayuh tempatan, Bidar 20 pengayuh lelaki Antarabangsa dan tempatan, Bidar 10 pengayuh lelaki tempatan, Bidar 30 pengayuh lelaki antarabangsa, 15 pengayuh lelaki tempatan dan antarabangsa, bidar 20 pengayuh lelaki tempatan dan antarabangsa dan bidar 10 pengayuh lelaki tempatan dan antarabangsa diikuti,” jelasnya.

“Regata atau lumba perahu ialah sinonim kepada Sarawak yang menterjemahkan tradisi, sejarah dan kepelbagaian aktiviti budaya rakyat negeri ini sebagai merapatkan silaratulrahim dalam semua kaum di tidak mengira bangsa dan agama negeri ini.

img_7173

“Tentang latihan kepada pengayuh pula, disiplin dan kerjasama dalam pasukan semasa latihan adalah sangat penting agar kerjasama semasa berkayuh adalah diutamakan agar tidak selisih faham antara satu dengan yang lain”,ujarnya yang menjadi Pengurus perahu JANG sejak 2009.

“Jika diizinkan dalam Regata kali ini pasukan kami tetap berusaha upaya untuk merebutkan Raja Sungai Regata 2016. Tenaga yang kuat kita perlukan dalam pelumbaan seperti ini kerana saingan antara perahu lain seperti Landas, perahu dari Lawas dan perahu lain memang begitu hebat,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu di Sarawak, sungai bukan sahaja merupakan sumber air kepada rakyatnya, tetapi juga penghubung masyarakat terutama pada satu ketika dahulu.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda