Skip to main content
HomeViral

Tanah Runtuh: 340 Penduduk Dipindahkan Ke SRA Serendah

By 26 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Foto: Bernama

 

HULU SELANGOR, 26 Nov — Kesemua 340 penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini telah dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu sehingga semua proses baik pulih selesai.

Katanya, pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat penilaian semula pengaliran air bawah tanah di kawasan itu bagi memastikan tahap keselamatan di situ.

“Laporan dari semasa ke semasa akan dikeluarkan untuk makluman semua, harap dapat berikan kerjasama kepada penguat kuasa bagi menjalankan tugas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Supramaniam berkata operasi membaik pulih serta memantau keadaan di lokasi kejadian disertai pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan JKR.

Terdahulu, Supramaniam berkata, polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh itu sebagai kawasan larangan Zon Merah.

 

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda