Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViral

Projek Startups Living Lab Accelerator Tawarkan Bantuan Sehingga RM50,000

By 4 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

CYBERJAYA, 4 Nov (Malaysiaktif) – Cyberview Sdn. Bhd. bersama-sama Finnext Capital dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang kini memberi tumpuan kepada projek pembangunan berlandaskan teknologi di sekitar bandar ini.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Dato’ Faris Yahaya berkata program ini dilaksanakan bagi menjayakan matlamat Bandar Cyberjaya sebagai “Smart City Project”.

“Program Startups oleh Fourth Cyberview Living Lab Accelerator ini menyediakan bantuan sehingga RM 50,000 kepada yang berminat dalam memulakan inisiatif teknologi demi kesejahteraan hidup masyarakat dan kediaman khususnya di kawasan Cyberjaya, ujar beliau.

Dalam pelancaran ini, lima projek Startup telah dikenal pasti. Antaranya ialah, Billplz, sebuah syarikat perisian komputer, Currenseek yang menawarkan aplikasi tukaran wang melalui telefon pintar dan Future Intergrated Networks (FIN) yang mengembangkan sistem rumah pintar.

Syarikat lain yang turut terlibat adalah Otomate Me, dan PrimeKeeper.

Pelbagai inisiatif dan pendekatan telah diambil sejak 1996 lagi bagi menjayakan pembangunan hartanah dan kediaman di Cyberjaya oleh syarikat Cyberview. Kini syarikat itu bersama rakan-rakan strategik telah melangkah kearah memperkasakan kehidupan di Cyberjaya berasaskan teknologi terkini.

Turut dilancarkan petang semalam di ibu pejabat Cyberview di sini, sebuah program bersifat pusat kerjasama bandar pintar yang dinamakan Colnnov8.

Program yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para individu dan syarikat yang ingin memulakan projek di Cyberjaya.

Antara prasarana yang disediakan  ialah ruangan pejabat, bilik mesyuarat, dewan makan, surau, peti simpanan dokumentasi dan barangan pejabat, wifi, perkhidmatan salinan pendua dan percetakan.

Ruang parkir kenderaan juga disediakan secara percuma. Kesemua perkhidmatan ini boleh dinikmati pada kadar bayaran serendah RM 299 sebulan.

 

-SH

Tinggalkan komen anda