Skip to main content
Berita TempatanGlobalHomeSelangorViral

[Video] Trump Tidak Mengubah Halatuju Keamanan Dunia

By 17 November 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

GOMBAK, 17 Nov (Malaysiaaktif) – “Apakah pertukaran seorang presiden Amerika Syarikat mampu merubah halatuju keamanan dunia?” Ironinya pelantikan Trump bukan sahaja untuk negara Amerika malah seluruh dunia.

Isu keamanan terutamanya berkaitan negara-negara Asean menjadi fokus perbincangan ‘Diskusi Panel Donald Trump, AS Berpecah dan Dunia Terancam: Pandangan Awal dan Jangkaan’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Menurut Prof. Dr. K.S Nathan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Amerika Syarikat kekal menjadi kuasa terkuat di Asia Pasifik, dan ini memberika kesan positif terutamanya dalam aspek ekonomi memandangkan mereka menguasai sebahagian besar ekonomi dunia.

 

“Terdapat pelbagai kepentingan membabitkan Malaysia-Amerika-Asean. Ini seharusnya menjadi suatu perimbangan kuasa yang baik di kawasan ini, memandangkan bahawa China meningkat (ekonomi), dan China juga mempunyai perancangan bagi mengembangkan kepentingan ekonominya.

“Sekiranya tiada perimbangan kuasa dari segi ekonomi, ini tidak akan menguntungkan negara-negara lain juga, ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan yang kita ada.” ulas beliau.

Nathan yang juga merupakan Presiden Persatuan Malaysia Untuk Pengajian Amerika Syarikat (MAAS), turut menjelaskan bahawa Donald Trump mungkin akan meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA meskipun pernah mengeluarkan kenyataan menentangnya sebelum ini.

“Kita tidak boleh membuat satu keputusan muktamat bahawa Presiden Trump akan membatalkannya, mungkin ada juga ruang untuk berunding semula,” kata beliau lagi.

Berkongsikan nada yang sama, Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Peradaban UIAM, Prof. Dr. Abdullahil Ahsan, menyifatkan pengaruh China di benua Asia semakin kuat ketika ini, dalam sektor ekonomi dan diplomasi terutamanya di Asia Tenggara.

 

“Walaupun begitu, China tidak bersifat agresif dalam diplomasi dan saya tidak menjangka persaingan kuasa-kuasa besar ini akan memberi impak yang besar.

“Malah negara-negara Asia harus mengambil peluang ini untuk berdiri sendiri dan tidak lagi mengikut telunjuk negara barat, terutamanya AS,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai sistem pentadbiran Amerika Syarikat, Abdullahil Ahsan menyifatkan negara itu sebagai sebuah negara yang memiliki perlembagaan yang baik serta sebuah institusi yang memiliki sistem perlembagaan demokrasi yang kuat.

“Apa yang diperlukan adalah untuk menekan Amerika Syarikat supaya lebih telus. Sekiranya mereka melakukan segalanya dengan telus, apa yang berlaku kepada Hillary Clinton tidak akan terjadi.

“Mereka juga seharusnya lebih telus dan harus mencuba melakukan sesuatu tanpa pengaruh rasuah. Mereka tidak seharusnya membawa rasuah ke negara dunia ketiga, tegasnya.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda