Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Doktor Pakar UKM Berkampung Di Papar

By 7 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh : Mohammad Abdul Rahman

PAPAR, 05 Dis (Malaysiaktif) –  Seramai lebih 51 doktor pakar perubatan daripada pelbagai bidang perubatan Ortopedik, Neurologi, sehingga pakar kesihatan lelaki dan wanita akan berkampung di daerah ini pada 17 dan 18 Disember nanti.

Timbalan Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhkriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Left.Kol (PA) Datuk Dr.Zulkiflie Muhammad Zainuddin berkata doktor-doktor pakar di universiti ini akan berada selama dua hari ini untuk menaburkan bakti kepada masyarakat setempat.

“Kerjasama antara UKM dan Pejabat Parlimen Papar membolehkan pakar-pakar perubatan melaksanakan kerja-kerja kebajikan sambil melawat ke beberapa buah rumah memberikan khidmat terus kepada pesakit.

Jelasnya lagi, beberapa perkhidmatan akan di laksanakan antaranya pemeriksaan pap smear, ujian payudara bagi wanita, pemeriksaan gigi, mata, dan telinga serta khidmat kaunseling pemakanan sihat serta tatacara pemakanan ubat dengan betul.

“Tatacara bantuan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR), Seminar Kesihatan Remaja, Pemeriksaan jisim berat badan (BMI), derma darah untuk bekalan hospital setempat, pameran daripada pelbagai agensi turut diadakan.

Selaku Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM dan Perunding Kanan Urologi Hospital, Dr.Zulkiflie berkata sebelum ini program ini dilaksanakan di Kapit dan Miri, Sarawak dan julung kalinya diadakan di Sabah melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi.

“Pelaksanaan program ini juga adalah sebagai memberi pendedahan kepada mahasiswa jurusan perubatan berinteraksi dengan masyarakat sambil menyelami permasalahan kesihatan yang berlaku masa kini.

Sehubungan itu, beliau mempelawa masyarakat di daerah berkenaan untuk tidak melepaskan peluang ini berjumpa dengan doktor-doktor pakar bagi mendapatkan rawatan secara percuma pada Sabtu dan Ahad nanti di Dewan Masyarakat Papar.

Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Wawasan, Left Komander Byron James berkata turut diadakan Larian Amal peserta-peserta PLKN dari daerah Papar, Putatan, Penampang dan alumni PLKN serta terbuka kepada umum ‘Papar Charity Run’ sejauh 7 kilometer bermula dari Tapak Tamu Papar sebagai usaha mengutip derma bagi disumbangkan kepada para pesakit di hospital berkenaan.

“Sebarang pertanyaan penyertaan boleh berhubung terus dengan Timbalan Komandan, Mohammad Ali Imran Zainul di talian 088-919248”, ujarnya selepas menghadiri mesyuarat penyelaran pelaksanaan program terbabit.

 

-SH

Tinggalkan komen anda