Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerajaan Sedia Timbang Wujud Pusat Kebudayaan Masyarakat Brunei

By 18 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah AhmadĀ 

Ā MENUMBOK, SABAH, 18 Disember (Malaysiaktif) ā€“ Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan cadangan pewujudan Pusat Kebudayaan Warisan Masyarakat Brunei bagi memelihara dan mengembangkan seni dan budaya etnik tersebut.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan sentiasa mendengar dan berusaha memenuhi keperluan dan permintaan rakyat khususnya menerusi persatuan.

“Kita maklum bahawa masyarakat Brunei terkenal sebagai etnik juga berpegang kuat kepada amalan budaya, kesenian dan adat bangsa yang di warisi sejak dahulu lagi.

“Justeru, Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk pembinaan bangunan pusat kebudayaan ini.

“Kita sedia mendengar denyut nadi rakyat, memenuhi apa juga keperluan khusunya dalam aspek seni dan warisan sesuatu kaum yang perlu dipertahankan dan dipelihara,” ujarnya.

Musa menyatakan demikian ketika memberi respon kepada cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden Persatuan Melayu Brunei Sabah (PMBS), Datuk Ag Sahak Awang Salleh pada Majlis Perasmian Pesta Gambus Ke-17 Peringkat Negeri di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, pemilihan Daerah Kecil Menumbok sebagai tuan rumah amat bertepatan memandangkan masyarakat Brunei di kawasan berkenaan terkenal dengan kegigihan mereka dalam pelbagai bidang khasnya dalam industri makanan, pertanian dan perikanan secara turun temurun.

“Pemilihan Pekan Menumbok ini juga sesuai dengan kedudukannya sebagai daerah penghubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan dan Negara Brunei DarussalamĀ bagi membolehkan para pengunjung meraikan bersama Pesta Gambus pada tahun ini.

“Tema ā€˜Gambus Instrumen Perpaduanā€™ adalah usaha berterusan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang yang turut dijalankan Badan Bukan kerajaan (NGO) seperti PMBS.

“Malah, usaha ini dapat mewariskan budaya dan kesenian bangsa kepada generasi kini dan masa hadapan.

“Ia pasti akan dapat menghidupkan warisan kesenian dan budaya yang bakal menyumbang kepada sumber ekonomi, pelancongan dan kekuatan perpaduan rakyat di negeri ini,” jelas beliau.

Menurutnya, penganjuran Pesta Gambus pada tahun ini membawa banyak pembaharuan dari segi corak pelaksanaanya yang fokus kepada pengukuhan amalan budaya masyarakat Brunei.

Antaranya menerusi Bengkel Khat, kerohanian melalui Malam Kasih Junjungan, sukan rakyat, aktiviti kebudayaan, dan pameran makanan serta kemahiran kerja tangan dengan persembahan Gema Gambus sebagai acara kemuncaknya.

Tambah beliau, usaha tersebut mencerminkan kesungguhan PMBS untuk membawa transformasi dan kemakmuran kepada masyarakat Brunei dalam bidang ekonomi melalui amalan budaya dan kesenian.

Beliau yakin usaha seumpama berupaya mencipta impak kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta mewujudkan pembangunan industri kecil dan sederhana di kawasan sekitar termasuk Membakut, Binsuluk, Kuala Penyu, Weston, Sipitang dan Menumbok.

 

 

Tinggalkan komen anda