Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti 1Malaysia Terus Bantu Ibu Tunggal

By 19 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: U. Prakash & S. Shanmuganathan

GEORGE TOWN, 19 Disember (Malaysiaaktif) – Kehidupannya yang serba sederhana membuatkan seorang ibu tunggal Suguna Ghanasen, 32, sini tidak mampu untuk memenuhi keperluan kelengkapan perkakasan sekolah untuk anak-anaknya yang masih bersekolah.

Menurut Suguna yang menetap di Medan Angsana, , Bandar Baru Farlim, semenjak kehilangan suaminya akibat kemalangan beberapa tahun lalu, dia terpaksa bekerja keras untuk membesarkan empat orang anaknya.

Suguna mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun serta tiga anak perempuan, masing masing berusia 13 tahun, 15 tahun dan 16 tahun.

Menyedari kesusahan hidup ibu tunggal ini, Komuniti 1Malaysia (K1M) Paya Terubong telah menghulurkan bantuan kelengkapan sekolah, daripada baju sekolah hingga ke beg sekolah untuk keempat-empat anak Suguna yang bernilai kira-kira RM500.

Suguna yang ditemui wartawan Malaysiaaktif meluahkan rasa terharu dan bertuahnya atas keprihatinan dan usaha murni K1M Paya Terubong dalam mengurangkan beban keluarganya menjelang pembukaan sesi persekolahan pada bulan hadapan.

whatsapp-image-2016-12-15-at-10-22-18-pm

Sementara itu, Pengerusi K1M Paya Terubong, S. Muthurani berkata, dalam membantu golongan ibu tunggal, pihaknya tidak mahu ibu tunggal terus bergantung kepada bantuan luar semata-mata, sebaliknya berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup masing-masing.

Tambahnya K1M telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengubah nasib golongan ini termasuklah motivasi diri, kursus, latihan dan kemahiran terutamanya bagi ibu tunggal yang mahu mencebur diri dalam bidang perniagaan.

– AH

Tinggalkan komen anda