Skip to main content
Berita TimurEkonomiHomePahang

[Video] PPA Perlok Lestari Sumber Ikan Air Tawar

By 28 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

JERANTUT, 28 Dis (Malaysiaaktif) — Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok mensasarkan sekurang-kurangnya 20,000 benih ikan dihasilkan bagi tahun hadapan.

Menurut Pegawai Perikanan Pusat Pengembangan Akuakultur ( PPA) Perlok, Mohd Fariz Abdul Kadir, unjuran ini berdasarkan kejayaan menghasilkan sebanyak 14,000 benih ikan pada tahun ini.

20161014_103741

Induk Ikan Dipilih Bagi Melihat Kesesuaian Dan Kesuburan

 

Sejak beroperasi pada 2001 di tanah seluas 42 hektar di Kampung Perlok Mukim Ulu Cheka di sini dengan sejumlah 58 buah kolam pembenihan, PPA Perlok telah berjaya menghasilkan lebih 60,000 benih ikan.

Antara benih ikan yang dihasilkan, termasuk kelah merah, sebarau, lampam, kerai, temoleh, baung, jelawat, dan patin buah yang bernilai lebih RM260,000.

Menurut Mohd Fariz, selain diwujudkan PPA ini untuk pengumpulan dan pembiakan ikan- ikan asli yang terdapat di perairan air tawar di Malaysia dan Pahang, khasnya, ia juga menjalankan aktiviti pemuliharaan sumber perikanan melalui penempatan semula ikan ke perairan air tawar bagi menjamin kesinambungan spesis.

“Pembenihan yang diamalkan di sini menggunakan teknik aruhan, iaitu dengan meniru kaedah pembiakan ikan secara semula melalui penyuntikan hormon “Ovaprim” pada ikan betina dan jantan bagi menghasikan lebih banyak kandungan telur dan sperma. Ini seterusnya akan membolehkan proses pesenyawaan telur berlaku dan persenyawaan tiruan dapat dijalankan.

20161014_105352

Telur Ikan Yang Telah Di senyawakan Melalui Teknik Aruhan

 

“Induk jantan dan betina yang dipilih dan diasingkan bagi memudahkan proses penyuntikan ovaprim yang berbeza dos. Setelah beberapa jam, sperma daripada ikan jantan dan telur daripada ikan betina dikeluarkan secara leretan,” ujarnya lagi. “Telur-telur yang tidak elok ibuang melalui kaedah sedutan. Pengecaman telur tidak elok adalah berdasarkan warnanya yang kelabu. Setelah tiga hari, telur ini akan menjadi anak ikan.

 

20161014_110140

Telur Di Tabur Menggunakan Bulu Itik Supaya Ia Tidak Melekat Satu Sama Lain Ke Atas Dulang Di Dalam Kolam Asuhan Sehingga Menetas.

 

“Dalam tempoh dua minggu, anak-anak ikan mesti segera dipindahkan ke kolam tanah untuk mengelakkan pembesarannya terbantut,” tambahnya lagi.

Setelah cukup kuat, benih-benih ikan ini akhirnya akan dilepaskan ke habitat asalnya, sama ada di sungai-sungai, seperti Sungai Pahang di Pekan, Sungai Belat di Kuantan, Sungai Tembeling di Jerantut dan ke sungai-sungai di seluruh negara bagi tujuan pemeliharaan sumber. Selain membuat pembenihan, PPA ini juga menjalankan kursus berkaitan penternakan ikan air tawar kepada sesiapa sahaja yang berminat.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda