Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Pulau Penarik Lokasi Rekreasi Baru Tangkak

By 6 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 5 Disember (Malaysiaaktif) – Dengan kos menaik taraf berjumlah RM500 ribu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tangkak, kini Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini boleh menjadi tempat rekreasi dan Sukan Air.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri, projek yang dilaksanakan ini merupakan salah satu aktiviti penjagaan alam sekitar yang penting dalam keseimbangan ekologi.

“Pada tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM400 ribu hanya untuk pembersihan sepanjang Sungai Mati (dua kali pembersihan) dan pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dilakukan dengan pembinaan pelantar, jeti, pondok wakaf dan kayak yang membolehkan aktiviti sukan air dapat dijalankan di Sungai Mati,” katanya.

Tambahnya, memandangkan Pulau Penarik mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan, kawasan ini juga telah dijadikan kawasan anak angkat oleh Universiti Teknologi Malaysia melalui Program Duta Jauhar di bawah kerajaan Negeri Johor untuk dijadikan salah satu tempat sukan ekstrem.

“Dengan adanya kemudahan yang lebih baik di Pulau Penarik ini juga dapat digunakan oleh belia-belia dan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti lebih berfaedah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mini Karnival dan Perasmian Laman Rekreasi Pulau Penarik, di sini semalam.

img-20161204-wa0013

Pada majlis sama, sebanyak lima ribu benih anak ikan air tawar lampam jawa turut dilepaskan di Sungai Mati.

Sebanyak 500 biji bebola tanah liat yang mengangungi microorganisma berfaedah untuk rawatan air turut telah dilontarkan ke dalam Sungai Mati bagi menambah baik kualiti air.

Pelbagai aktiviti sukan air telah dianjurkan oleh JPS Tangkak seperti pertandingan eksprorasi sungai, kenu polo, panjat tiang licin, pukul bantal dan tangkap itik bagi mempromosikan kawasan rezab Sungai Mati sebagai kawasan rekreasi.

– AH

Tinggalkan komen anda