Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sembilan Balai Polis Komited Bantu Kempen Anti Kutu Sampah  

By 17 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Asmidar Zainol & Siful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 17 Disember (Malaysiaktif) – Sembilan buah balai polis menerima mesin milen bio-green sebagai sokongan kepada Balai Polis Tanpa Sampah di bandaraya ini oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Menurut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, penyerahan mesin milen bio-green berkenaan kepada sembilan pejabat Balai Polis adalah sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkenaan atas sokongan dalam Kempen Anti Kutu Sampah yang sedang giat dijalankan oleh DBKK.

” Kempen Anti Kutu Sampah dilaksanakan untuk mewujudkan zon-zon tanpa sampah di semua lokasi termasuklah di pejabat-pejabat kerajaan.

“Pada masa ini terdapat 151 buah premis telah diiktiraf oleh DBKK sebagai pelaksanaan kempen anti kutu sampah sejak ianya dilancarkan pada 2008.

Jelasnya, mesin tersebut akan berfungsi memproses sisa makanan kepada penghasilan yang lebih sebati sesuai digunakan sebagai baja tanam-tanaman lain.

“Ini membolehkan pengamalan pengasingan makanan di pejabat adalah sesuai dan tepat untuk mengatasi masalah LILATI (Lipas, Lalat, tikus) dan seterusnya membudayakan amalan pengasiangan sisa makanan dikalangan warga kerja di samping dapat mengelak bau busuk sisa makanan di pejabat.

Datuk Yeo Boon Hai berkata demikian selepas menyerahkan mesin berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra dan ketua-ketua balai polis di sekitar bandaraya ini.

Sembilan balai polis yang terlibat adalah Balai Polis Luyang, IPD Kota Kinabalu, Balai Polis Karamunsing, Balai Polis Menggatal, Balai Polis Inanam, Balai Polis Alam Mesra, Balai Polis Kota Kinabalu, Balai Polis Kota Kinabalu International Airport (KKIA) DAN Balai Polis Tanjung Aru.

Sementara itu,  Ketua Jabatan Kebersihan & Kesihatan Persekitaran DBKK, Robert Lipon menerangkan, hasil sisa makanan yang diproses melalui mesin milen bukan sahaja dapat membantu membersihkan persekitaran tetapi juga boleh digunakan sebagai baja organik tanaman sayur, bunga dan sebagainya.
Selain pejabat Balai Polis, DBKK juga telah mengedarkan mesin yang sama kepada 35 premis tanpa sampah di sekitar bandaraya sepanjang tahun ini.

 

Tinggalkan komen anda