Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

500 Pengunjung Banjiri Persembahan Pentarama Kuala Pilah

By 23 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Norhayati Shamsu Anuar & Rafik Yusof

KUALA PILAH, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Kira-kira 500 pengunjung membanjiri padang Seri Menanti, di sini, semalam untuk menonton Persembahan Pentarama sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-69.

Walaupun keadaan hujan lebat, Zahit Lasim, 56, tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditonton.

Zahit yang sering mengikuti persembahan Pentarama berpendapat, maklumat yang disampaikan oleh Pentarama amat mudah difahami kerana penyampaiannya berbentuk hiburan dan santai.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Nurul Syamieza Rosman, 18, memberitahu, biarpun pada awalnya dia tidak memahami dan kurang mengetahui konsep Pentarama, namun setelah melihat persembahan mereka, Syamieza berpendapat artis Pentarama bukan sahaja boleh menyanyi dan berlakon, malah mampu menyakinkan penonton dengan penjelasan isu-isu semasa.

Tambah Syamieza, usia kebanyakan artis pentarama yang terdiri daripada golongan muda turut menjadi faktor penarik pemuda-pemudi untuk menonton persembahan mereka.

WhatsApp Image 2017-01-22 at 4.11.37 AM

Berkonsepkan ‘Hiburan Bermaklumat Ceria Berinformasi’, persembahan Pentarama merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar negara serta penjelasan isu-isu semasa melalui nyanyian, tarian dan sketsa.

Turut hadir, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

– AH

Tinggalkan komen anda