Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

AZAM Tani Bantu Akhiri Zaman Miskin

By 24 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh : Anuar Che Amat

KANGAR, 23 Jan (Malaysiakatif) – “Dengan tiga jenis peralatan yang bakal saya terima nanti, dapatlah saya merubah kehidupan keluarga saya ke arah yang lebih baik”.

Zainal Shukri Kamis, 46, dari Kampung Permatang Pauh Timur berkata demikian semasa penyampaian bantuan Bantuan Program AZAM Tani (Akhiri Zaman Miskin) yang berlangsung di Masjid Amir Fawwas Sungai Baru, Perlis hari ini.

Dia antara tujuh orang penerima bantuan ini.

Hari ini dia menerima mesin rumput dan mesin menyembur racun serangga. “Dengan dua barang ini saya boleh mengambil upah pekerjaan untuk meningkatkan lagi pendapatan keluarga saya”, jelasnya

“Saya juga bakal menerima satu lagi mesin untuk membuat pagar besi melalui program ini. Saya di maklumkan bahawa mesin itu saya akan terima sedikit masa lagi”, katanya lagi.

Zainal berkata, dia sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya MADA Simpang Empat Perlis di atas sumbangan ini.

Hari ini juga berlangsung Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi National Key Economic Area , Entry Point Projek 10 (NKEA EPP 10) di tempat yang sama

“Makcik akan guna duit ini untuk beli racun rumpai untuk di gunakan dalam pengurusan sawah makcik pada musim hadapan” ujar Haniyah Man,50, dari Kampung Bunga Emas, Perlis.

Haniyah ialah seorang dari 153 orang peserta Projek NKEA EPP yang menerima insentif sebanyak RM350,379 bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1 Simpang Empat.

“Insentif ini dapat meringankan sedikit beban saya untuk menguruskan sawah”, jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Nurulhisyam Yaakob yang membacakan teks ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim ketika merasmikan majlis ini berkata, seramai 153 orang peserta Projek NKEA EPP menerima insentif lebih RM350 ribu bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1 Simpang Empat hari ini.

PPK E-1 ialah salah satu dari lima buah PPK Wilayah Satu di negeri Perlis yang melibatkan seramai 563 orang peladang dengan peruntukan lebih RM1 juta.

Tinggalkan komen anda