Skip to main content
Berita TempatanSabah

Mangsa Banjir Sedih Ternakan, Tanaman Musnah

By 24 Januari 2017Januari 26th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto: Mahathir M.Kamal (Sabah)

PITAS, 24 Jan (Malaysiaktif) – Gelombang banjir kali ketiga sepanjang Januari tahun ini yang melanda daerah ini dianggap sesuatu yang amat menduga kesabaran dan kesedihan kepada mangsa.

Apa tidaknya banjir yang dialami pada kali pertama dianggap sebagai dugaan, namun belum puas membersihkan rumah dan memperbaiki kerosakan yang berlaku dilanda pula buat kali kedua dan seterusnya ketiga secara berturut-turut sepanjang bulan ini memang amat memeritkan.

Mangsa banjir, Mohd Haris Mohd Lair

Mangsa banjir, Mohd Haris Mohd Lair

Mangsa, Mohd Haris Mohd Lair, 41, dari kampung Taka berkata banjir pertama melanda pada awal Januari tahun ini dianggap sebagai dugaan walaupun berlaku kerugian dan kerosakan yang memerlukan ketabahan dan kesabaran.

“Namun belum sempat membersihkan rumah dan membaiki kerosakan yang saya alami, rumah saya kembali dipenuhi air banjir hingga memaksa saya dipindahkan kembali ke di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas 2.

“Banjir yang dialami tiga kali berturut-turut dalam bulan ini amat memeritkan kerana segala tanaman dan ternakan musnah,” katanya sedih ketika ditemui Malaysia Aktif pada petang Isnin.

“Kerugian masih saya tidak ketahui dan tidak tahu macam mana menghadapi kehidupan selepas ini.

Datuk Bolkiah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan SK Pekan Pitas 2.

Datuk Bolkiah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan SK Pekan Pitas 2.

“Saya berasa risau untuk kembali ke rumah esok sebab perasaan sedih melihat kemusnahan segala apa yang saya usahakan, dan bimbang jika saya membaikinya kembali adakah lepas ini banjir tidak akan berlaku kembali.

“Apa pun terima kasih kepada agensi penyelamat yang banyak membantu saya selain menerima pelbagai bantuan dari kerajaan selama berada di pusat pemindahan ini,” katanya lagi.

mangsa yang berada di Dewan SK Pekan Pitas 2.

Mangsa yang berada di Dewan SK Pekan Pitas 2.

Seramai 111 Ketua Keluarga dengan jumlah mangsa 322 daripada 29 buah kampung di daerah terbabit akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari ini apabila Jawatankuasa Pusat Bencana Banjir memaklumkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas, Datuk Bolkiah Ismail turut memberikan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak yang sudi menghulurkan bantuan sebelum mangsa dibenarkan balik ke halaman rumah masing-masing.

Pemberian sumbangan berbentuk keperluan rumah seperti selimut, tilam, bantal dan pelbagai lagi amat dihargai para mangsa.

SF

Tinggalkan komen anda