Skip to main content
Berita TempatanSabah

Buku Biografi Pertama Pesuruhjaya Polis Sabah Dilancarkan

By 4 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

  Oleh:   Asmidar Zainol / Foto: Johny Joklis (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jan (Malaysiaktif) – Buku Biografi pertama mengisahkan pengalaman dan perjuangan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan di Sabah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Mes Pegawai Kanan Polis semalam.

Musa dalam ucapannya berkata, buku biografi bertajuk “Abd Rashid Harun: Antara Kedaulatan dan Pengorbanan” merupakan buku biografi pertama Persuruhjaya Polis diterbitkan di sini.

“Buku biografi terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini padat menceritakan pahit manis perjuangan serta perkongsian pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di negeri ini yang pasti menjadi panduan dan rujukan semua.

Musa (dua dari kanan) menyerahkan buku biografi kepada Rashid (dua dari kiri), disaksikan oleh Noor Rashid (kanan) dan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Ramli Din (kiri).

Musa (dua dari kanan) menyerahkan buku biografi kepada Rashid (dua dari kiri), disaksikan oleh Noor Rashid (kanan) dan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Ramli Din (kiri).

“Penerbitan buku biografi ini amat penting dan berguna untuk dijadikan bahan rujukan kepada generasi kini dan akan datang serta kepada pegawai polis khususnya kepada anggota-anggota berpangkat rendah untuk mepertingkatkan lagi usaha dan motivasi mereka,” katanya.

Musa turut melahirkan rasa kagumnya kepada Abd Rashid yang sentiasa memberikan kotmimen yang tinggi semasa menerajui PDRM dan pada masa yang sama sempat menghasilkan buku berkenaan.

Tambah Musa, meskipun kepesatan teknologi telah merubah cara mendapatkan ilmu dan maklumat, masyarakat juga tidak boleh menafikan kepentingan ilmu yang terdapat dalam buku.

“Apabila kita membicarakan biografi, perjalanan hidup, pengalaman dalam kerjaya, soal-soal kedaulatan negara dan pengorbanan seorang pegawai keselamatan, tentunya perkongsian melalui penulisan dalam buku merupakan sesuatu yang lebih menarik untuk dibaca.

Abd Rashid (kanan) menyerahkan cenderahati kenangan kepada Musa (kiri).

Abd Rashid (kanan) menyerahkan cenderahati kenangan kepada Musa (kiri).

Musa juga berharap melalui penerbitan buku biografi berkenaan, secara tidak langsung dapat dijadikan pendekatan terbaik untuk memupuk rasa cinta, setia dan bangga kepada negara.

Buku berharga RM70dengan 117 muka surat itu terbahagi kepada empat bab iaitu, Bab Satu, Riwayat Hidup; Bab Dua, Persada Kerjaya, Bab Tiga Insiden Pencerobohan Lahad Datu dan Bab Empat, Peranan dan Sumbangan ESSCOM.

Sementara itu, Abd Rashid dalam ucapannya sempat meluahkan rasa terima kasih melalui puisi kepada ahli keluarga yang banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat dengan pasukan keselamatan negara.

Selain ahli keluarga yang terdiri daripada isteri, anak dan cucu, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran guru dan rakan-rakan sekolah menengah Abd Rashid ketika bersekolah di Sekolah Menengah Gelang Patah, Johor pada 1969.

-SF

 

Tinggalkan komen anda