Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kanak-Kanak Tersekat ‘Cincin Emas Korea’

By 3 Januari 2017Januari 4th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Sallehin Bin Ab Malek

PONTIAN, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang kanak-kanak Tadika Agama Johor (TAJ) Ayer Baloi, Pontian telah mengalami detik yang tidak mampu dilupakan apabila sebentuk “Cincin Emas Korea “ yang baru dibeli tersekat di jari hantu. Mangsa Nur Naily Farhah binti  Mohd Fazrul, 4 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dari 1 jam sebelum berjaya dikeluarkan oleh Anggota Bomba dan APM Pontian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian, Mohd Hairol Bin Isahak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi dari ibu kanak-kanak tersebut yang meminta bantuan APM Pontian untuk mengeluarkan cincin tersebut tetapi menghadapi kesukaran kerana jari Nur Naily telah membengkak. Pihaknya terpaksa membawa Nur Naily ke Balai Bomba Pontian untuk meminta bantuan. Pihak Bomba berjaya mengeluarkan cincin tersebut 10 minit kemudian.

Katanya, cincin tersebut merupakan “Cincin Emas Korea” memang kepunyaan Nur Naily yang diberi sebagai hadiah untuk memujuk ke sekolah tetapi tersekat dari awal pagi sebelum pergi ke sekolah dan telah disedari oleh ibunya.

 

Tinggalkan komen anda