Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PSSMM DiTubuhkan Bagi Membantu APMM

By 15 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh : AnuarChe Amat

KANGAR,15 Jan (Malaysiakatif) – Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) telah ditubuhkan dan dilancarkan dengan rasminya hari ini di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pencerobohan nelayan asing ke kawasan perikanan negara kita boleh di katakan berlaku setiap hari kerana perairan di negara seperti di Kelatan, Terengganu serta di Sabah dan Sarawak kaya dengan perlbagai hasil laut terutamanya ikan tuna.

“Di atas faktor itu pihak Agensi Perguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan bertindak lebih tegas untuk mengengkang aktiviti pencerobohan ini”, jelasnya.

Menurut Shahidan, tujuan utama penubuhan PSSMM ialah bagi membantu anggota tetap Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.

Katanya lagi, PSSMM penting terhadap Maritim Malaysia bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat di laut.

“Selain itu, PSSMM juga akan memberi pendedahan kepada orang awam tentang aktiviti, latihan dan tugas-tugas Maritim Malaysia” ujarnya lagi.

Menurutnya, strategi serampang dua mata ini dapat di gunakan dengan menjadikan komuniti maritim sebagai “mata dan telinga” kepada Maritim Malaysia. Seterusnya dapat menyalurkan maklumat untuk menangani isu keselamatan di perairan Negara termasuk ancaman penganas, pendatang tanpa izin, pelarian, lanun dan jenayah maritim rentas sempadan.

Jelas Shahidan lagi, selain dari PSSMM, Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) juga akan di wujudkan di sekolah-sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

PASKAM merupakan pengkongsian stategik dengan institusi pengajian agar kepakaran maritim dapat di manfaat bersama, jelasnya lagi.

Shahidan berkata demikian ketika merasmikan penubuhan PSSMM ini. Sempena perasmian penubuhan PSSMM ini juga 125 orang awam yang terdiri daripada enam pegawai dan 119 pegawai lain-lain pangkat telah di lantik dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia(PSSMM).

Shahidan berkata “PSSMM ini merupakan sebuah pasukan sukarelawan berbilang bangsa.

Ia di tubuhkan di atas kelulusan kerajaan dengan peruntukan awal sebanyak RM5 juta dan di harap keahlian pasukan ini mencapai 5 ribu orang anggota pada hujung Februari ini.
Di dalam majlis yang sama, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Sri Hj Ahmad Puzi pula berkata “Lebih daripada 900 buah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara telah di rampas oleh APMM di lucutkan hak.

Sebahagiannya telah di jadikan tukun tiruan dan anggaran hasil ikan yang di curi oleh para nelayan asing ialah 200 hingga 300 tan setahun.

Dengan kekerapan operasi yang di jalankan oleh APMM ini, graf pencerobohan itu semakin menurun, ujarnya lagi.

Tinggalkan komen anda