Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Raikan Perayaan, Bukan Kemalangan

By 25 Januari 2017Februari 6th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan / foto : Halim bin Aman

KUALA LUMPUR, 25 JAN (Malaysiaaktif) – “Orang ramai perlu sentiasa menerapkan ciri-ciri keselamatan semasa memandu dengan memandu secara berhemah demi keselamatan keluarga dan pemandu yang lain.

“Ciri-ciri pemanduan yang selamat merupakan pelajaran asas yang perlu sentiasa dipraktikkan, janganlah tangisan pula mengiringi kepulangan kita ke kampung halaman.”

Pesan Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Zawawi Hussin, kepada orang ramai yang akan memandu keluar daripada ibu kota sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.

WhatsApp Image 2017-01-25 at 8.55.31 PM

Penolong Pengarah KPDNKK WPKL, Md Zawawi Hussin menyampaikan sumbangan kepada pengguna di PlazaTol Sungai Besi

Sehubungan itu, demi mengurangkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia yang bernaung di bawah KPDNKK telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan ‘Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2017’.

 “Menjelang setiap kali musim perayaan aliran trafik dijangka mengalami peningkatan. Dengan peningkatan kenderaan di jalan raya, seperti yang kita sedia maklum, kebarangkalian untuk kemalangan juga bertambah.

“Dalam situasi sebegini, sikap positif dan sikap hormat menghormati perlu dipraktikkan malah perlu sering diingatkan agar pemandu sentiasa bersabar dan bertolak ansur demi mewujudkan suasana harmoni di jalan raya,” jelas Md Zawawi semasa pelancaran kempen tersebut yang bertempat di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan.

Seperti kebiasaan jika terdapat musim perayaan atau pun cuti yang panjang, jalan raya di Malaysia sudah diibaratkan seperti pesta kerana semuanya berpusu-pusu ingin pulang ke kampung.

‘Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2017’ turut mendapat kerjasama Suruhan Jaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, PLUS dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

WhatsApp Image 2017-01-25 at 8.57.30 PM

Ketua Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Adnan Mat Isa menyampaikan sumbangan kepada penumpang bas.

Menurutnya lagi “Seharusnya orang ramai menghargai dan berterima kasih kepada agensi- agensi  penguatkuasa yang terpaksa melupakan cuti demi menjaga keselamatan kita semua.”

Turut hadir semasa pelancaran ‘Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2017’, Ketua Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Adnan Mat Isa.

-MSM

 

Tinggalkan komen anda