Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

RUMAWIP Legasi Residensi, Penanda Aras Pembangunan Kampung Bharu Moden

By 24 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Azhar Yazid

Kuala Lumpur, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Bharu, Kuala Lumpur kini mempunyai alternatif kepada akses kediaman yang lebih selesa, tersusun dan lengkap dengan pelbagai kemudahan apabila pembinaan Legasi Residensi Kampung Bharu siap sepenuhnya pada 2019.

Dibina di bawah Program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan, RUMAWIP, pemilikan hartanah ini diberikan keutamaan kepada penduduk asal kampung Bharu, sebelum dibuka kepada orang ramai.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek yang dibangunkan oleh UDA Holdings Berhad dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL akan dijual pada harga RM300,000.00 seunit.

WhatsApp Image 2017-01-24 at 2.41.08 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika memberi ucapan ketika pelancaran Projek RUMAWIP Legasi Residensi Kampung Bharu

“Sejumlah 206 unit pangsapuri ditawarkan dengan keluasan 807 kaki persegi bagi setiap unit yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Projek ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan 24 jam dan sistem pengawasan rakaman kamera litar tertutup, CCTV ini merangkumi 1 buah blok pangsapuri setinggi 43 tingkat.

“Pangsapuri ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, bilik kawalan, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, perpustakaan, dewan serba guna dan sebagainya.” katanya ketika merasmikan majlis Pengundian RUMAWIP Legasi Residensi Kampung Bharu di Kompleks Sukan MSN, Kampung Bharu.

WhatsApp Image 2017-01-24 at 2.42.58 PM

Gimik pelancaran disempurnakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Jelas Tengku Adnan, projek ini dikategorikan sebagai satu projek “Transit Oriented Development” kerana terletak bersebelahan dengan kemudahan tren antara bandar dan lebuh raya.

“Terletak di lokasi yang strategik bersebelahan dengan Stesen LRT Putera Kampong Baharu dan jaringan Lebuh Raya AKLEH, projek ini akan memberi keselesaan daripada aspek kemudahan pengangkutan yang lebih baik.

“Lokasi projek ini juga terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dapat memberikan petunjuk mudah kepada pembeli. Hasilnya projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bakal pembeli,” jelasnya lagi.

Melalui pelaksanaan RUMAWIP ini akan memberikan kelebihan kepada penduduk Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah sendiri dengan tawaran harga lebih murah daripada pasaran semasa.

Cabutan undi yang dijalankan hari ini melibatkan sebanyak 206 unit keseluruhannya di mana pemohon yang berjaya akan membuat cabutan undi bagi menentukan unit kediaman yang akan dimiliki. Pemilik unit RUMAWIP di Kampung Baharu merupakan golongan bertuah kerana telah berjaya dalam dua proses saringan yang dijalankan oleh UDA Holdings dan DBKL bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberikan keutamaan.

WhatsApp Image 2017-01-24 at 2.42.24 PM

Cabutan Undi bagi 10 pemilik bertuah pada majlis pelancaran RUMAWIP Legasi Residensi Kampung Bharu

Setiap projek RUMAWIP yang dibina di bawah Dasar RUMAWIP adalah tertakluk kepada sekatan moratorium selama 10 tahun yang mana setiap unit yang dibeli tidak boleh dijual kepada pihak lain sebelum tamat tempoh 10 tahun.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Dr Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Haji Mhd. Amin Nordin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

-MSM

Tinggalkan komen anda