Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Drug Free Fun Run: Menggerakkan Semangat Perangi Dadah

By 29 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aziana Azreen/Muhamad Fakharudin (Barat Daya)

BAYAN BARU, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Program larian dengan tema ‘Drug Free Fun Run’ sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 berlangsung di Pasaraya Giant Bayan Baru mendapat sambutan warga Pulau Pinang di sini semalam.

Acara ini menampilkan larian sejauh lima kilometer yang disertai oleh 600 peserta, dengan tujuan utama menggalakkan sokongan komuniti terhadap usaha memerangi dadah dan meningkatkan kesedaran tentang Program Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan dadah di Mukim 12, Daerah Barat Daya.

Peserta menurunkan tandatangan solidariti #PenangLawanAncamanDadah

Selain larian, pelbagai aktiviti serta pengisian menarik telah diadakan termasuk pameran antidadah, program Mobile Recovery Treatment (MRT), dan himpunan mesej solidariti ‘Penang Lawan Ancaman Dadah’. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah yang disediakan.

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Daniel Gooi melawat kaunter JAPEN bagi mendapatkan bahan penerbitan

Dalam ucapan perasmian beliau menekankan, Peringatan Hari Antidadah ini diadakan bukan sekadar sebagai acara tahunan, tetapi sebagai ingatan dan pemacu kepada seluruh warga Malaysia untuk memperkukuhkan komitmen, tanggungjawab, dan solidariti dalam memerangi gejala dadah yang merosakkan.

Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK Khairul Anwar Bachok, Pegawai Daerah Barat Daya Mohd Hafiz Aswad Nadzri dan Pengarah AADK Pulau Pinang Elmariah Chung.

-AA-

Tinggalkan komen anda