Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

MCTC Permudahkan Urusan Perkhidmatan Kerajaan

By 24 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Hanafi Sariman & Salawati Mat Shariff

KEPALA BATAS, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Masa dan jarak tidak lagi menjadi kekangan kepada orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dengan kewujudan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (MCTC).

Bagi Pekerja Swasta, Rozaina Mat Zin, 33, pekerjaannya yang melibatkan waktu pejabat menyukarkannya untuk menjalankan urusan lain, namun di MCTC dia bukan sahaja dapat mencetak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kaunter, malah berkesempatan untuk mendaftar ibadah haji di kaunter Lembaga Tabung Haji dengan proses yang tidak melebihi 30 minit.

Tambah Roziana, MCTC mempermudah dan mendekatkan orang ramai dengan perkhidmatan kerajaan selain mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam membawa kesejahteraan kepada rakyat setempat.

Program anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan di sini semalam, telah melibatkan 16 perkhidmatan bas dan van bergerak serta 48 khemah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

WhatsApp Image 2017-01-21 at 5

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Pejabat Pos Bergerak bagi tujuan bayaran bil, Balai Polis Bergerak dan Kaunter JPJ yang membolehkan orang awam untuk memperbaharui lesen kenderaan dan membuat semakan serta pembayaran saman.

Selain itu, turut menjadi tumpuan ramai ialah pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Muhammad Faris Irfan, 9, yang hadir bersama adiknya Muhammad Faiz Darwish, 6, untuk membuat pemeriksaan gigi, dia tidak takut, malah berasa gembira kerana menerima kit pemeriksaan gigi yang mengandungi ubat gigi, tray dan mouth mirror secara percuma.

WhatsApp Image 2017-01-21 at 9.08.01 PM

Dalam pada itu, Jururawat Pergigian, Fariha Yusuff berkata, dalam tempoh tiga jam sahaja, seramai 88 orang telah mendaftar untuk membuat pemeriksaan gigi.

“Pemeriksaan dijalankan oleh tiga Pegawai Pergigian dibantu oleh 14 kakitangan daripada dua klinik pergigian, Butterworth dan Tasek Gelugor.

“Sekiranya pesakit memerlukan rawatan lanjut, mereka perlu mengunjungi klinik pergigian berhampiran,” ujar Fariha.

WhatsApp Image 2017-01-21 at 9.07.58 PM

Kemudahan Klinik Pergigian Bergerak ini disediakan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berada jauh di pendalaman selain terlibat semasa program anjuran kerajaan atau agensi dan kunjungan ke sekolah-sekolah yang tidak mempunyai penempatan bilik rawatan pergigian.

– AH

Tinggalkan komen anda