Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Habiskan Sisa Hidup Di RSK

By 3 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto oleh : Khairunnisa Ismail / W Shahilawati W Baharuddin (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 3 Feb (Malaysiaaktif) –  “Keluarga angkat semua sudah tiada, rumah pun sudah buruk, dan saya tidak mempunyai saudara mara sebab itu saya tinggal di sini,” ujar [email protected] Wong Abdullah, 81, penghuni rumah kebajikan orang tua di Taman Kemumin Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau seorang mualaf yang berasal dari Perkampungan Orang Asli Jeli hidup seorang diri, tidak pernah berkahwin dan telah berada di RSK ini selama 13 tahun lalu.

Cana menetap di sini sejak 13 tahun dahulu dan akan terus menumpang di Rumah Seri Kenangan ini hingga hujung nyawanya.

Cana menetap di sini sejak 13 tahun dahulu dan akan terus menumpang di Rumah Seri Kenangan ini hingga hujung nyawanya.

Cana berkata, bapanya berbangsa Cina manakala Ibunya Orang Asli tetapi sejak lahir beliau dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang berbangsa India di Kuala Krai.

“Rumah Seri Kenangan (RSK) inilah tempat saya menghabiskan sisa hidup. Saya selesa berada di sini bersama rakan-rakan yang senasib dengan saya, dan waktu terluang pula saya menghabiskan masa dengan meraut lidi untuk dijadikan penyapu,” katanya yang juga fasih berbahasa Tamil.

Penguasa RSK Taman Kemumin, Mohammad Mad Nor berkata, rumah kebajikan ini menjadi pilihan untuk menumpang teduh dan menghabiskan sisa hidup jika seseorang itu sebatang kara dan tiada waris yang mahu menjaga mereka.

Menurutnya, terdapat 104 penghuni terdiri daripada 51 lelaki dan 53 perempuan iaitu 80 penghuni berketurunan Melayu, 17 (Cina), enam (India) dan seorang Orang Asli yang datang dari Kelantan, Terengganu serta Pahang.

“Penghuni tertua disini berumur 104 tahun dan semua penghuni akan dibantu oleh 71 kakitangan RSK yang bertugas 24 jam mengikut syif,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sebanyak RM3.3 juta setiap tahun diperuntukkan kepada rumah kebajikan orang tua ini termasuk kos makan minum, pakaian serta penambahbaikan untuk kemudahan serta keselesaan penghuni.

“Kira-kira RM18 sehari diperuntukkan untuk setiap penghuni bagi kos makan minum sebanyak enam kali sehari,”katanya kepada Malaysiaaktif.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti yang telah diatur bagi memenuhi masa lapang penghuni di situ seperti beriadah, menghasilkan kraftangan, berkebun untuk mengekalkan aktif biarpun lanjut usia serta kelas agama.

 

-SH

Tinggalkan komen anda