Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Solat Istisqa Ikhtiar Memohon Hujan

By 4 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Mas)

PASIR MAS, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Fenomena El Nino telah menyebabkan perubahan cuaca panas terik luar biasa dan kemarau di beberapa kawasan di seluruh negeri Kelantan.

Oleh itu, pihak Majlis Agama lslam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengarahkan agar solat Istisqa bagi memohon hujan diadakan di negeri Kelantan.

Ustaz Azhar Abdullah sedang menyampaikan sedikit cara-cara menunaikan solat Istisqa kepada jemaah

Jemaah di Masjid Al-Hasani Mukim Beting Pauh, Kampung Cabang Empat Chetok, Pasir Mas adalah antara yang mengadakan solat Istisqa di perkarangan masjid berkenaan pagi ini semalam.

Menurut imam masjid, Haji Alias Mat Zin , 59, solat Istisqa di buat dengan kerjasama ahli kariah masjid dan pemakluman telah di buat beberapa hari lepas.

Para jemaah sedang melakukan solat Istisqa di perkarangan Masjid Al-Hasani Mukim Beting Pauh

“Solat Istisqa adalah satu kaedah untuk kita meminta pertolongan agar Allah menurunkan hujan demi kesegaran dan kemakmuran makhluk yang berada di bumi ini,” katanya ketika ditemui.

Seorang jemaah yang turut hadir dalam majlis ini hanya dikenali Haji Mat Teksi, 74, dari Kampung Semubar Emas berkata, kita digalakkan melakukan solat Istisqa jika menghadapi kemarau yang melampau.

Solat Istisqa ini telah diimamkan oleh Ustaz Azhar Abdullah, 55, dan disertai hampir 100 jemaah.

-AA-

Tinggalkan komen anda