Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sambutan Raya Peringkat Komuniti Labuan Semarakkan Semangat Kekeluargaan

By 5 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Komuniti Wilayah Persekutuan Labuan 2024 berjaya menyemarakkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Labuan Azman Sipan program itu menyuburkan amalan khidmat masyarakat dan kesukarelawan dalam komuniti setempat.

“Program ini turut menggunakan pendekatan Sahabat JaPen iaitu melibatkan Komuniti Madani dalam Program kemasyarakatan, tanggungjawab sosial korporat dan riadah melibatkan kumpulan sasar di komuniti setempat.

“Program ini juga bertujuan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat,” katanya semasa ditemui pada majlis itu di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada malam tadi.

Jelas Azman, semua juadah istimewa untuk majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu jemputan itu disediakan secara gotong-royong yang bermula seawal pukul 8.00 pagi.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek (duduk tiga dari kiri) turut memeriahkan majlis.

“Acara memasak juadah dan persiapan bagi program ini dijalankan secara gotong-royong dengan penglibatan daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk Labuan, Komuniti Madani, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jabatan Perpaduan Negara Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Lada serta komuniti setempat.

“Program ini diharap menjadi platform terbaik untuk JaPen bekerjasama dengan Komuniti Madani dalam usaha memasar dan menyampaikan program serta dasar semasa kerajaan selain menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti.

“Selain itu, program ini turut memberi pemahaman kepada masyarakat setempat mengenai fungsi dan peranan Komuniti Madani dalam membantu penyampaian dasar dasar kerajaan khususnya untuk masyarakat Labuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda