Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sambutan Aidilfitri Surau Ganggarak Permai Rapatkan Ukhuwah Penduduk

By 5 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Surau Ganggarak Permai merapatkan ukhuwah para penduduk di taman perumahan itu.

Menurut Pengerusi Surau Ganggarak Permai Mohd Akhbar Md Yusof, dengan pelaksanaan majlis itu menjadikan hubungan sesama penduduk lebih erat dan lebih mesra.

Mohd Akhbar semasa menyampaikan ucapan aluan.

“Bersempena Aidilfitri yang mulia Surau Ganggarak Permai tidak terkecuali ingin mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraikan bersama-sama penduduk Ganggarak Permai dan sekitarnya.

“Mari kita jadikan Aidilfitri sebagai perayaan untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat dari semua lapisan masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis itu malam tadi.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada tersebut.

“Bermula daripada jawatankuasa penggerak majlis, sukarelawan sehinggalah penyumbang-penyumbang sekalian.

“Saya juga menyeru semua kariah Ganggarak Permai untuk sama-sama hadir dan memeriahkan aktiviti surau di masa mendatang termasuk solat fardu berjemaah,” katanya.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat itu turut dihiasi dengan ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan, Dr. Nik Azlan Nik Man.

-ZS-

Tinggalkan komen anda