Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

IKHLAS Mohon Kerajaan Kaji Semula, Roboh Ampang Park

By 7 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan: Norhazlinawati Mat / Foto : Nornisah Khairoji

KUALA LUMPUR, 7 Feb (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) memohon Kerajaan mengkaji semula cadangan merobohkan pusat beli belah Ampang Park, Kuala Lumpur bagi tujuan pembinaan Projek Transit Aliran Massa (MRT).

Menurut Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, pemaju MRT tidak perlu merobohkan pusat beli belah tersebut kerana tiada stesen yang akan dibina di atas tanah Ampang Park melainkan menggunakan sedikit ruang untuk laluan pejalan kaki.

Tambah beliau, 80 peratus peniaga di pusat beli belah Ampang Park terdiri daripada peniaga bumiputera dan 140 daripada 253 pemilik keseluruhannya merupakan ahli IKHLAS.

WhatsApp Image 2017-02-07 at 3.34.14 PM

Presiden IKHLAS Malaysia, Mohd Ridzuan Abdullah (tengah) bersama wakil pemilik lot Ampang Park iaitu David Ting Wah Fun (kiri) dan Dr.Dzulkhaini Husain (kanan)

Satu memorandum akan dihantar kepada SPRM bagi menyiasat perkara ini berikutan terdapat pihak tertentu yang mahu menangguk di air keruh memandangkan nilai hartanah yang tinggi di kawasan itu dan perkara ini telah berlanjutan lebih setahun.

Untuk rekod, Ampang Park telah dibina pada 1972 dan merupakan kompleks beli belah paling tua di Kuala Lumpur dan kebanyakan pemilik di situ telah berniaga sejak tahun 1970-an.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda