Skip to main content
Berita Tempatan

Kempen BN Tumpu Manifesto, Tiga Program Utama – Wan Junaidi

By 6 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Genda Sating/ Foto: Jaed Tepus

LUNDU, 6 Feb (Malaysiaaktif) – “Program BN setakat ini tertumpu kepada perbincangan melaksanakan program Pemuda  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Wanita PBB akan digabungkan serta melibatkan masyarakat setempat untuk mengenal pasti permasalahan, rungutan dan projek-projek pembangunan yang belum lagi dilaksanakan selama ini.

“Kempen BN juga akan menyasarkan kawasan kediaman, surau, masjid  dan dewan pada sebelah  malam memandangkan pengundi di sini kebanyakan bekerja pada waktu siang.

Pengarah Operasi PRK DUN Tanjong Datu, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Lundu petang Ahad.

Tambahnya, walaupun pada pemikiran rakyat BN tiada masalah bagi menghadapi PRK kali ini BN yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap akan melakukan yang terbaik.

“Pelancaran manifesto oleh Ketua Menteri serta tiga program utama  di Lundu, Sematan dan Sempadi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu merupakan antara kempen Barisan Nasional.

“Pada masa sama, poster dan  gegantung yang diterima daripada Ibu Pejabat PBB telah diagihkan kepada 37 cawangan PBB dan beberapa komponen BN  yang lain,” jelas Wan Junaidi lagi.

Kempen PRK telah bermula sejak kelmarin dan akan berakhir sehingga 12.00 tengah malam 17 Februari ini.

-SF

Tinggalkan komen anda